Selepas tampil dengan single �Abang Nak Tegur�, jutawan kosmetik Dato� Aliff Syukri kini bergelar seorang pelakon pula. Di laman sosial, Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang mengkritik hasil lakonannya secara keterlaluan meskipun masih belum menonton filem tersebut.
Di facebook, seorang pengarah Sharulezad Mohameddin memuat naik status memberi pandangan peribadinya berkenaan isu ini. Di ruangan komen, pelakon berbakat Amyza Aznan turut memberi respon.
Baru satu filem kena kutuk dah melenting
Menurut Shahrulezad, sebagai seorang pelakon seseorang perlulah menerima kritikan dan pandangan daripada orang ramai. Dia sendiri walaupun sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, dia masih dikritik tetapi dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif.
Paksa orang cakap bagus, masalahnya bagus ke? � Amyza Aznan
Pelakon berbakat, Amyza Aznan turut meninggalkan komen berkenaan isu ini. Menurutnya, dia sendiri tidak pernah meratap mahu bakatnya dihargai.
Sumber : Shahrulezad Mohameddin