Amboi,Jet Li Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Ini Wajah Terbaru Bintang Aksi Yang Buat Ramai Terkejut

Siapa tidak kenal dengan Jet Li yang dikenali dengan ketangkasannya berwushu dalam filem lakonannya sebelum ini. Antara filem yang mengangkat namanya adalah Romeo Must Die dan The Forbidden Kingdom yang menampilkannya dengan Jackie Chan.

Beberapa hari lepas tersebar foto terbarunya yang membuatkan ramai terkejut dengan penampilannya yang jauh berbeza.


Penampilan terbaru buat ramai terkejut


Setelah lama menghilangkan diri Jet Li rupanya kini menanggung derita melawan sakit. Dia dikatakan menghidap hipertiroidisme dan masalah tulang belakang. Sakit itu mengehadkan pergerakannya dan membuatkan dirinya perlu bergantung pada orang lain.

Penampilan terbaru bintang filem aksi itu viral ketika dia muncul di sebuah kuil di Tibet, baru-baru ini. Kata aktor kelahiran China itu, dia disahkan dengan penyakit itu pada 2010.

Walaupun tidak meninggalkan ubat-ubatan yang perlu diambil, sakit dialaminya tetap tidak dapat dielakkan.

Doktor beri amaran


Tidak lama dulu dia pernah mengatakan sakit yang dihidapinya itu akan menghalangnya dari melakukan aktiviti lasak. Malahan, pada 2013, doktornya pernah memberi amaran bahawa saki baki hidupnya akan diluangkan di atas kerusi roda jika dia terus menerima tawaran lakonan.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia