Wanita dan bekas suami didakwa peras ugut RM 6800

Ipoh: Seorang wanita dan bekas suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan melakukan ugutan terhadap seorang individu membabitkan wang berjumlah RM6,800 berhubung video lucah, tiga tahun lalu.
Noraniza Jelani, 30, dan Muhammad Kasim A Zamzami, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di depan Hakim S Indra Nehru.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan mereka didakwa sengaja melakukan ugutan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Yap Ing Choon, 34, untuk membuat laporan polis kerana menghantar video lucah melalui telefon kepada Noraniza.
Kedua-dua tertuduh didakwa meminta mangsa menyerahkan RM1,000, RM800 dan RM5,000 kepada Noraniza menerusi akaun Maybank miliknya.Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Jalan Kompleks Sukan, di sini, antara jam 12 tengah hari dan jam 2 petang pada 12 hingga 18 Mar 2018


NORANIZA dan Muhammad Kasim (kiri) dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan dan menetapkan 26 apr  ini bagi sebutan semula kes.
Terdahulu, dalam mahkamah yang sama, Muhammad Kasim mengaku tidak bersalah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Ing Choon untuk membuat laporan polis kerana menghantar video lucah melalui telefon kepada Noraniza.
Muhammad Kasim didakwa meminta mangsa menyerahkan RM10,000 di JPJ Perak, jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang pada 27 feb  2018.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia