Gaya dan penampilan Awal Ashaari sekeluarga selalu menjadi perhatian peminat. Tidak hairanlah pasangan ini digelar pasangan yang fashionable oleh peminat mereka, ada saja trend terkini mereka peragakan dan akan menjadi ikutan masyarakat.
Scha yang berpenampilan rambut baru raya tempoh hari nampaknya turut menjadi buah mulut netizen. Jika sebelum ini cantik berambut panjang, bekas juara Dewi Remaja ini tampil berani dengan potongan rambut pendek untuk meraikan lebaran.
Netizen kritik rambut baru bangun tidur
Melihat penampilan Scha yang baru , netizen tanpa berselindung berlaku ‘jujur’ mengutarakan pendapat mereka mengenai potongan rambut itu. Ada yang melabelkan rambut Scha macam bangun tidur, seperti orang kurang siuman dan diumpamakan seperti pokok.
Awal tampil pertahan isteri
Sebagai suami, Awal meninggalkan komen win untuk pengkritik isterinya itu. Dia berkata, terpulanglah kepada Scha untuk menggayakan rambut yang disukai kerana isterinya itu sudah bosan dengan rambut panjang.
Tambahnya lagi, jika netizen tidak suka atau berkenan, mereka sepatutnya hanya mendiamkan diri asalkan tuan badan suka dengan hasil penata gaya mereka itu. Ujarnya lagi, pendapat netizen tidak diperlukan pun dalam hal ini.
Peminat juga tampil backup Scha
Sumber: Awal Ashaari