Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haris Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada 19 Jun lalu dan diketahui ibu mangsa menerusi rakaman video yang ditemukan dalam telefon bimbit mangsa semalam.
“Ibunya telah memeriksa telefon bimbit milik mangsa kira-kira pukul 6 petang semalam dan mendapati terdapat satu rakaman video hubungan seks dipercayai membabitkan mangsa.
“Ibunya terus bertanya kepada mangsa tetapi gadis itu mendiamkan diri. Ibu mangsa kemudian menghubungi suspek yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai dan lelaki itu mengakui dia dan mangsa merupakan individu dalam rakaman tersebut,” katanya di sini hari ini.
Haris menambah, sejurus selepas itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan suspek ditahan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE