Amah Kena Hukum Gantung Di Arab Saudi Kerana Pertahankan Diri Dari Dirogol Majikan


Gempar berita kematian pekerja migrain Indonesia, Tuty Tursilawati dijadikan hamba seks majikannya di tanah Arab Saudi. Difahamkan mangsa Tuty berasal dari Majalengka, Jawa Barat telah ke Thaif, Arab Saudi untuk bekerja di sana sebagai pembantu rumah sejak September 2009 lagi.
Akibat tidak tahan dengan desakan majikannya itu, dia sanggup bertindak memukul dan membunuh majikan. Tuty Tursilawati dijatuhkan hukuman gantung sampai mati gara-gara membunuh. Ini kronologi susulan kes pembantu rumah itu.

Pukul hingga majikan mati

Menurut Tribunnews.com, Tuty Tursilawati sering kali menjadi tempat pemuas nafsu binatang majikannya itu. Akibat tidak tahan dengan perbuatan jijik majikannya itu, dia bertindak melawan dan cuba mempertahankan dirinya pada 11 Mei 2010.
Dia turut mempertahankan dirinya dengan menggunakan sebatang tongkat lalu memukul sekuat hati sehingga majikannya itu mati. Kerana terlalu takut, dia memutuskan untuk melarikan diri dari rumah berkenanaan.

Keterangan dari orang tua mangsa

Menerusi portal Kitabisa.com, berdasarkan keterangan dari ibu dan ayah mangsa menjelaskan pada tahun 2009 Tuty meminta izin untuk berangkat ke Arab Saudi dan bekerja sebagai pembantu rumah di sana. Selain itu, dia juga sedang mengalami masalah ekonomi keluarga dan ingin meringankan beban suaminya.
Tuty dan ibunya turut ke tanah Arab Saudi untuk bekerja di sana. Tetapi mereka mendapat majikan yang berbeza. Tuty juga menguruskan ayah kepada majikannya yang sedang sakit.
Tuty juga pernah menghubungi ayahnya melalui panggilan telefon dan meluahkan rasa penat bekerja menguruskan orang tua di rumah tersebut. Dia juga pernah berhasrat untuk lari dari rumah majikan tetapi dinasihati ayahnya untuk meminta berhenti bekerja.

Dirogol 9 lelaki hingga Subuh

Pada 11 Mei 2010, Tuty ditahan seorang pemuda menaiki kereta berwarna putih dan menanyakan tujuannya. Tuty meluahkan hasratnya untuk ke Mekkah. Hasratnya itu disambut baik pemuda berkenaan dan sanggup menghantarnya ke Mekkah.
Malang tidak berbau, dia bukan dihantar ke Mekkah sebaliknya sebuah rumah kosong. Pada malam itu, dia dirogol beramai-ramai 9 orang lelaki Arab sehingga Subuh. Usai perbuatan kejam itu, dia dihantar ke Masjidil Haram. Setiba di Mekkah, dia segera menghubungi rakannya, Ela dan menetap sebentar di rumah sahabatnya itu.
Pada 13 Mei 2010, Tuty ditangkap polis Arab Saudi untuk proses undang-undang dan soal siasat. Tuty memberi keterangan mengenai tindakannya itu terhadap majikan. Kes ini ditangguhkan beberapa tahun sehingga Tuty Tursilawati dijatuhkan hukuman gantung pada 29 Oktober 2018.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
berita-jenayah