Bengang berulang kali disuruh kemas bilik tidur, remaja lelaki tembak nenek

SEORANG remaja lelaki berusai sebelas tahun bengang apabila disuruh berulang kali mengemas bilik tidurnya sehingga dia bertindak di luar batasan.
Ramaja itu bertindak menembak neneknya di belakang kepala sebelum membunuh dirinya sendiri.
Menurut Pejabat Sherif, kejadian berlaku di Litchfield, Arizona.
Sarjan Joaquin Enriquez berkata, Doyle Herbet dan isterinya, Yvonne Woodard,65, beberapa kali menyuruh remaja itu mengemas bilik tidurnya, namun tidak diendahkan.
Lebih kurang pukul 5 petang, ketika pasangan itu sedang menonton televisyen remaja lelaki itu mucul dengan membawa sepucuk pistol  dan menembak Yvonne.
Herbert memberitahu, dia terpaksa menyelamatkan diri, namun kembali untuk membantu isterinya yang telah ditembak.
Selepas itu Herbert mendengar satu lagi das tembakan dan melihat cucunya jatuh ke lantai.
Lelaki itu kemudian merampas pistol tersebut dan menghubungi unit kecemasan, lapor ABC.
Pistol tersebut milik Herbert dan pasangan itu merupakan penjaga penuh kepada remaja lelaki itu.
Bagaimana pun Pejabat Sherif mendakwa tidak ada tanda-tanda budak itu mahu mencederakan diri sendiri dan orang lain. -Mirror.co.uk
Sumber : M-StarTags / Kata Kunci:Remaja tembak , kemas bilik
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
berita-jenayah