Hampir 50 kampung di Terengganu dijangka dilanda banjir esok

KUALA LUMPUR: Penduduk di lembangan Sungai Terengganu diminta bersiap sedia untuk berdepan banjir mulai esok.
Jabatan Pengairan dan Saliran dalam satu kenyataan memberitahu banjir dijangka bermula jam 10 malam melibatkan kampung-kampung di sepanjang Sungai Telemong dan Sungai Nerus.











Hampir 50 kampung di Terengganu dijangka dilanda banjir esok



Penduduk di lembangan Sungai Terengganu diminta bersiap sedia untuk berdepan banjir mulai esok. -Gambar hiasan

Sejumlah 28 kampung di sepanjang Sungai Telemong dijangka dilanda banjir antaranya kampung Pengkalan Ajal, Nibung, Paluh Nyior, Bukit Tanduk dan Kampung Lubuk Periuk.


Sementara 21 kampung di sepanjang Sungai Nerus antaranya Kampung Permaisuri, Kampung Buluh, Kampung Buruk, Gong Gelugor dan Merbau Menyusup.

Sehubungan penduduk diminta berwaspada dan sentiasa menghubungi pusat kawalan operasi banjir berhampiran.

Amaran banjir lembangan Sungai Terengganu
Amaran banjir lembangan Sungai Terengganu

Sumber: AstroAwani

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url