Seorang suami sewajarnya menjadi pelindung dan pembimbing untuk isteri. Namun, banyak juga kes keganasan rumah tangga dilaporkan setiap hari di akhbar selain laman sosial.
Seorang lelaki menerima akibat setelah memukul isterinya apabila si bapa mertua sendiri ‘membalas’ perbuatannya itu.
Ditendang bertubi-tubi
Video yang berdurasi lima minit 38 saat itu dikatakan berlaku di Kuching, Sarawak kemudiannya viral di media sosial. Menurut laporan Astro Awani, bapa mertua berkenaan tidak dapat tahan sabar apabila mengetahui anaknya dipukul oleh menantunya sehingga cedera.
Si menantu dilihat terduduk setelah beberapa kali ditendang oleh mertuanya tanpa dibalas. Turut kelihatan adalah seorang lelaki lain bersama lelaki lingkungan 50-an itu.
Antara yang jelas kedengaran dalam video berkenaan adalah mertua berkenaan memaki menantunya kerana tidak melayan anaknya dengan baik setelah membenarkan mereka berkahwin.
Aku sudah banyak kali beri amaran kepada kau, aku membenarkan anak perempuan aku berkahwin tetapi kau memperlakukannya seperti ini!Kalau mak bapak kau tak ajar, biar aku yang ajar kau. Nak minta maaf dengan aku? Masa kau pukul anak aku ada kau minta maaf dengan dia? Kau ingat aku nak biarkan macam itu je?