Kopisanangan!
Antara soalan yang paling banyak ditanya ialah kenapa cantuman yang saya buat, contoh cantum 10 pokok, semua tidak menjadi? Ada pun 1 atau 2 pokok sahaja
Kalau tengok di Youtube, memang nampak senang kan cara mencantum durian sama ada teknik baji, mata tunas atau selit tepi.
Bila buat sendiri, baru tahu rupanya tidak semudah yang disangka, anda kena ada ilmu dan teknik yang betul.
Artikel pagi ini saya kongsikan faktor 10 kejayaan cantuman atau grafting pokok durian iaitu RANTING atau SION yang TERPILIH daripada pokok induk yang SUBUR.
Antara ciri-ciri RANTING atau SION yang SESUAI ialah:
1. Warna daun, HIJAU TUA dan BERKILAT
2. Ranting yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
Three. Kayu ranting tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
Four. Warna kulit, hijau.
5. Lapisan kulit agak tebal.
6. Lendir/cecair/getah pada kambium, banyak.
7. Warna bahagian dalam (kayu, kambium, pulur), hijau keputihan.
Eight. Tangkai daun yang gemuk.
Nine. Ada mata tunas.
10. Mata tunas yang baru nak keluar.
Antara cirinya, daun hijau tua berkilat. Cara pilih ranting/sion |
Bahagian atas tu tua/keras, bahagian tengah, remaja dan bahagian bawah, lembut/bayi. |
Ranting/sion yang sagat baik, tunas baru nak keluar dan tangkai daun yang gemuk |
Sebaik sahaja ranting dipotong daripada pokok induk, buang semua daun. |
Sion yang sudah siap dipancung (bahagian dalam) |
Sion yang sudah dipancung (bahagian luar). |
Sion di SELIT di celah kulit pokok penanti yang sudah dikopek supaya kambium sion bersentuh dengan kambium pokok penanti. |
Sion sudah dibalut kemas dengan plastik lutsinar supaya tidak dimasuki benda asing terutamanya air dan angin. Balut semua mata tunas, gunakan parafilem yang lembut, boleh beli di Shopee. |
Hasil cantuman selepas 21 hari |
Selamat mencuba! Terima kasih cikgu Ramli Pt Flora diatas perkongsian video di bawah. Semoga bermanfaat. Jangan lupa comply with FB beliau untuk belajar lebih lanjut tentang cantuman teknik selit.
Penulis: Donny ien (Fb) - penjual bibit musang king Sabah (Trusted Seller)
Hotline: 0143016212