Image: Majalah Libur |
Ramai yang berminat bercucuk tanam atau berkebun dihalaman rumah ataupun dikebun namun masih ramai yang tidak tahu pantang-larangnya.
Artikel pagi ini saya kongsikan pantang-larang yang perlu anda elakkan ketika bercucuk tanam.
1. Melakukan pembajaan dalam kuantiti yang berlebihan
Kebanyakan pekebun percaya, lebih banyak baja yang digunakan, maka lebih banyaklah hasilnya. sebenarnya ia SALAH!
Baja yang berlebihan hanya akan menyebabkan tanaman kepanasan, daun akan menjadi kering dan terbakar kerana baja bersifat panas.
Selain itu baja yang berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan pokok tidak seimbang dan tidak subur. Baja perlulah digunakan dalam nisbah yang disyorkan.
Sebaiknya jika anda memperkayakan tanah anda dengan lebih subur, gunakanlah baja kompos seperti baja dari sisa makanan dan bukannya baja kimia.
2. Tanam dikawasan yang teduh
Kawasan yang tidak mendapat cahaya matahari terus atau terlindung dari cahaya matahari akan menyukarkan proses fotosintesis pada tanaman sekaligus menganggu tumbesaran pokok.
3.Tanah tanpa bahan organik
Tanah yang keras tanpa sebarang bahan organik menyebabkan tanaman sukar menyerap nutrien dalam tanah, ia boleh menyebabkan tanaman menjadi terbantut. Contoh bahan organik ialah baja subur organik seperti tahi ayam, baja kompos atau sisa makanan, vermikompos dan sebagainya.
4. Penyiraman berlebihan
Ramai yang berfikir menyiram berlebihan pada pokok boleh menyuburkan tanaman, sebenarnya ia salah. Terlalu banyak air pada tanaman sehingga air bertakung boleh menyebabkan akar menjadi reput dan menyebabkan tanaman lemas dan mati.
Untuk menjaga kelembapan tanah, gunakan sungkupan di sekeliling pokok seperti meletakkan daun kering, ia dapat membantu menyerap air yang berlebihan dan mengelakkan rumput tumbuh.
5. Semai biji benih terlalu cetek atau dalam
Biasanya semakin besar benih atau anak benih, lebih dalam ia patut ditanam. Namun tidak semua benih sesuai ditanam terlalu dalam, contohnya biji sayuran seperti sawi. Menanam benih sawi terlalu dalam akan menyebabkan ia tidak bercambah.
6. Tanam terlalu padat atau rapat
Tanaman yang terlalu rapat antara satu sama lain akan menyebabkan pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air dan nutrien dalam tanah.
Perlulah lakukan penjarangan pokok atau tebang pokok yang tidak diperlukan supaya tanaman mendapat cahaya matahari yang cukup dan lebih produktif.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP dan folow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.