.
.
.
Mungkin korang pernah tanam durian tapi tak pandai membesar walaupun dah masuk 2 tahun kan? dah cuba macam-macam cara tapi pokok still macam tu!
Sepatutnya pokok yang berusia 2 tahun, tingginya dah sampai 7-10 kaki jika mendapat penjagaan yang baik dan baja yang teratur.
PUNCA POKOK TERBANTUT
Jika saya perhatikan pada daun, sebab pokok durian ni tidak subur adalah kekurangan air dan unsur nutrien atau kurang/tiada pembajaan, macam manusia kalau tak cukup makan badan kurus kering!
Biasanya pokok yang terbantut, pergerakan akarnya terhenti dan menyebabkan nutrien tidak dapat disalurkan pada pokok.
Antara penyebab lain adalah kemungkinan pH rendah. Jadi, nutrient tidak boleh diserap akar. Penyakit tiada, sebab itu pokok boleh hidup lama.
Selain tanah yang tidak sesuai dan kurang pembajaan, akar pokok disebelah juga boleh menganggu pertumbuhan akar pokok durian terutama akar pokok kelapa dan pokok pinang.
Tanah yang berpasir atau berair /air selalu bertakung tidak sesuai untuk tanam pokok durian, akar durian tidak suka air yang berlebihan. Durian sesuai ditanam dikawasan berbukit.
Menanam pokok dikawasan yang tidak terdedah cahaya matahari juga boleh menyebabkan pokok terbantut kerana kurangnya proses fotosintesis.
CARA MERAWAT POKOK TERBANTUT
1. Gemburkan tanah pada pangkal pokok, tabur dengan baja organik. Boleh juga guna tinja lembu atau tinja ayam yang sudah dikeringkan. Kena buat peneduh/pagar dengan neting hitam. Pastikan siram 2 kali sekali.
2. Jika tanah berasid, cuba tabur dengan dolomite (kapur pertanian) unsur magnesium dan kalsium , ia boleh pulihkan tanah semula.
3. Tanah macam ni pokok susah sikit nak tumbuh, solusi terbaik, gali tanah keluasan 4x4 atau 6x6, dalam 2 kaki, masukkan penuh tanah hitam bersama baja organik baru tanam durian.
4. Gemburkan tanah kira-kira 2 kaki dari pohon durian dan tabur dengan garam kasar 3 sudu, juga 2 kaki dari pohon. Pastikan siram dua kali sehari.
5. Gunakan sistem fertigasi untuk pokok begini. Bekalan air berterusan (on and off) boleh percepatkan pokok membesar. Beli paip poli, paip mikro dan penitis untuk titiskan air.
6. Kalau korang panda buat cantuman, cuba tanam 2 biji durian ditepi dengan jarak 6 inci setiap satu,
lepas tumbuh, buat teknik kaki ganda.
7. Boleh juga guna baja jenis semburan/cecair seperti Chitosan, Fastgrow, baja tabur seperti pallet tahi ayam, kambing, baja kompos organik seperti sisa makanan dan sebagainya.
Semoga berkesan! jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.
Kredit: Manan Mat via myinfoberita.blogspot.com