"Kalau Memancing Dapat Ikan Haruan, Jangan Terus Siang Ikan Tu" - Manfaat Ikan Haruan Yang Ramai Tidak Tahu

Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus adalah spesies air tawar karnivor yang dikategorikan sebagai antara haiwan terkenal dalam bidang perubatan.

Ikan haruan mengandungi tinggi protein iaitu kira-kira 70% dan tinggi kandungan weight loss program A yang baik untuk kesihatan badan.

Haruan memakan ikan yang lebih kecil termasuk katak sebagai habuannya. So, sebelum anda membuka isi perut haruan, sila baca perkongsian oleh Cerd Rotted ini.

"Kalau memancing dapat ikan haruan, jangan terus siang ikan tu, kalau hidup, kurung haruan dalam bekas semalaman. Tujuannya ialah untuk dia luahkan balik apa dalam perut dia tu. Haruan akan luah semua dalam perut dia, apa yang dia makan bila kita kurung semalaman. Kalau ikan tu dah mati, memang tak boleh buat apa la, macam-macam dalam perut haruan tu. Ikan haruan memang macam ni... anak ular, anak ikan, katak, udang semua dia bedal. Ni pengalaman yang ayah saya ajar. Kami orang kampung, orang bendang, cuma berkongsi, sekian".

Kredit: Cerd Rotted

MANFAAT IKAN HARUAN

1. Menyembuhkan luka terutama ibu selepas bersalin C Sec, caranya rebus ikan haruan dan minum supnya serta isi ikan, atau beli pati ikan haruan.

2. Menyembuhkan gatal-gatal dan masalah kulit seperti radang dan sebagainya.

3. Mencantikkan kulit dan melambatkan proses penuaan

4. Membantu dalam proses pertumbuhan kanak-kanak

5. Membantu meningkatkan daya penglihatan

6. Membantu menyembuhkan penyakit grastik

7. Tinggi kolagen yang baik untuk kulit

8. Mengandungi asid arakidonik yang membantu pertumbuhan sel baru

Semoga bermanfaat. Jangan lupa like dan follow page PSP.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
PETUA