Pokok Senduduk adalah sejenis tumbuhan renek yang bercabang dan mempunyai buah yang berwarna keunguan, batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya pula mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.
Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan banyak ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sejak dari dulu.
Antara manfaat senduduk ialah merawat luka luar dan dalaman. Ianya sering digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim.
KHASIAT POKOK SENDUDUK
* Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya adalah :-
1. Apabila anda mengalami cirit birit ? Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.
2. Masalah keputihan bagi kaum wanita ? Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya
three. Menghilangkan bintik-bintik cacar ? Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang
4. Melegakan luka ? Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.
Five. Bagi wanita yang baru lepas bersalin ? Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim.
6. Mengatasi Buasir ? Rebus akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia amat baik sebagai penawar kepada penyakit buasir atau simbelit.
7. Sakit Gigi ? Rebus daun, batang dan akar senduduk dan biarkan hingga suam. Kumur airnya, insyaAllah ia sakit gigi akan hilang.
Eight. Membuang angin, sakit tulang dan lenguh sendi urat ? Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat sebagai mandian. Badan akan terasa lebih segar, sakit lenguh sendi tulang dan angin akan hilang, insyahallah.
MANFAAT DAUN SENDUDUK
Untuk menghilangkan rasa hanyir ikan-ikan air tawar seperti ikan keli, sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk.
Caranya, daun diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan masukkan potongan ikan tersebut bersama sejumlah daun senduduk dan ramas bersama potongan ikan sehingga lendir ikan hilang.
Semoga bermanfaat.