Panduan Dan Cara Beli Rumah Pada Tahun 2020

Elak kerugian dengan eight hints penting di bawah.

Biasanya kita beli rumah kerana dua sebab. Sama ada untuk duduk atau pun sebagai pelaburan.

Mengetahui tujuan adalah penting kerana ia menentukan jenis rumah yang anda patut beli.

Ramai yang buat kesilapan. Mereka beli atas tujuan yang salah dan akhirnya terpaksa jual semula tidak lama selepas belian.

Ada yang jual dan rugi besar selepas mengambil kira kos transaksi seperti yuran guaman, yuran agensi dan lain-lain.

Selain itu, menjual rumah juga sangat sukar sekarang ni. Pembeli mempunyai banyak pilihan.

Bayangkan berapa banyak anda rugi membayar ansuran rumah sambil menunggu pembeli tak kunjung tiba.

Jika Beli Rumah Untuk Duduk

Jika anda membeli sebuah rumah untuk diduduki, rumah anda mesti memenuhi keperluan anda dan keluarga.

Itulah keutamaan yang jauh lebih penting daripada berapa harga rumah anda akan naik atau berapa sewa yang anda boleh dapat.

Jika rumah anda turut mempunyai prospek pelaburan yang baik, ianya suatu bonus. Bukan keutamaan.

Buat langkah di bawah kalau beli rumah untuk duduk:

1) Beli ikut kemampuan

Walaupun anda boleh pinjam RM1 juta untuk membeli rumah, tidak bermakna anda mampu untuk menanggung rumah tersebut.

Buat bajet bulanan terlebih dahulu. Semak pendapatan dan perbelanjaan.

Kurangkan kos yang tidak perlu.

Daripada bajet ini baru anda tahu, berapa banyak yang anda boleh peruntukkan untuk bayar ansuran rumah.

2) Beli rumah dekat dengan tempat kerja

Jika boleh, pilih rumah berhampiran dengan tempat kerja. Ini akan menjimatkan kos petrol, tol dan juga masa.

Untuk suami, belilah rumah lebih dekat ke tempat kerja isteri.

Kita orang lelaki tak apa jauh sikit kerana mereka banyak berkorban untuk kita dan anak.

Three) Kaji persekitaran

Pastikan rumah dekat dengan kemudahan seperti balai polis, restoran dan kedai runcit.

Ada klien saya beli sebuah rumah di lokasi yang jauh dari sekolah.

Dia tak sedar masa buat belian. Akhirnya terpaksa memandu 20 kilometer ekstra setiap hari untuk menghantar anaknya ke sekolah dan ke tempat kerja.

Dia jual rumahnya dan dah beli rumah baru.

Selain itu, pertimbangkan kualiti alam sekitar.

Elakkan beli dekat dengan kilang atau stesen janakuasa.

4) Ambil kira kos tambahan hartanah strata

Hartanah strata seperti pangsapuri dan kondominium ada kos tambahan seperti yuran penyelenggaraan dan insurans.

Kos ini perlu untuk menyelenggara kemudahan bersama dan juga bangunan.

Anda perlu semak kos ini sebelum membeli. Ada tempat yuran penyelenggaraan boleh mencecah 50 sen untuk satu kaki persegi.

Setelah anda semak, ambil kira kos ini dalam bajet bulanan anda untuk elakkan kejutan.

5) Jika anda memerlukan privasi

Banglo, rumah berkembar dan kondominium berkepadatan rendah adalah pilihan baik jika anda perlukan privasi.

Tetapi sudah tentulah harga hartanah sebegini lebih mahal.

6) Tiada rumah yang sempurna

Akhir sekali saya nak tekankan, adalah hampir mustahil untuk cari rumah yang sempurna.

Elakkan berharap rumah yang terbaik sehingga tak beli rumah pun.

Tak mengapa berkompromi dengan ciri-ciri tertentu tetapi buatlah pilihan terbaik.

Kalau anda masih mencari motivasi untuk beli rumah boleh ikuti artikel‘Menyesal Tak Beli Rumah Dulu’. 8 Sebab Anda Perlu Beli Rumah Secepat Mungkin.

Jika Beli Sebagai Pelaburan

Bagaimana pula dengan pembelian untuk tujuan pelaburan?

Keutamaan di sini adalah potensi pulangan. Antara lain anda harus semak:

  • Lokasi
  • Pulangan sewa
  • Potensi masa depan untuk kenaikan harga dan sewa
  • Berapa lama untuk anda terima balik tunai yang dilaburkan
  • Pulangan tahunan atas pelaburan

Anda perlu buat kiraan ini sebelum buat keputusan dan ambil kira perkara di bawah:

1) Elakkan melabur untuk jangka pendek

Bagi mereka yang ingin melabur?

Pada masa penulisan, terdapat lambakan hartanah di pasaran.

Pemaju sukar untuk jual unit mereka.

Ada yang sehingga menukar portfolio untuk memberi tumpuan lebih kepada perumahan mampu milik dan bukan lagi hartanah mewah.

Sementara itu, dalam pasaran hartanah siap, saya dapati ada kawasan yang mengalami kejatuhan harga.

Anda perlu gandakan usaha, kajian dan kesabaran jika mahu melabur pada masa ini.

Sekiranya anda beli, jangan harapkan untuk dapat keuntungan dalam tempoh satu atau dua tahun.

Saya jangka pasaran tidak akan bertambah baik dalam jangka masa pendek.

Tetapi bagi pelabur jangka panjang, inilah saatnya untuk masuk pasaran.

2) Jika anda ingin melabur hartanah jenis kondominium

Seperti yang saya kata, sekarang ni terdapat lambakan hartanah.

Secara khususnya pasaran hartanah kondomium antara yang paling teruk.

Anda perlu berhati-hati.

Buat kajian kondominium sekitar dan berapa harga rumah atas tanah yang dijual di kawasan kondominium yang anda ingin beli.

Ini kerana harga kondominium tersebut boleh jadi tidak seimbang.

Harga rumah atas tanah mungkin dah turun dan menyebabkan prospek belian kondominium tidak begitu menarik.

Selain itu, ada juga pemaju melancarkan kondominium dengan harga harga yang setanding dengan harga atas tanah di kawasan sekitar.

Jauhi kondominium sebegini.

Harga mungkin jatuh dan nak cari penyewa pun boleh jadi azab.

Sumber: https://arifhussin.com/panduan-dan-cara-beli-rumah/

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
HARTANAH