Kopisanangan tompinai...
Kamurang yang selalu masuk hutan, mesti selalu nampak benda ni kan?
Untuk makluman anda, benda ini dipanggil banir. Kami panggil gamut kayu balak :')
Banir ini sebenarnya mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dalam hutan dan memerlukan pertolongan.
Bagaimana caranya untuk menghantar isyarat kecemasan atau meminta bantuan menggunakan banir ini?
Ikut langkah-langkah dibawah:
Cara Selamatkan Diri Jika Tersesat Dalam Hutan
1. Pegang parang atau batang kayu sederhana besar di tangan
2. Ketuk kuat-kuat bahagian atas banir menggunakan belakang parang atau batang kayu sederhana besar
3. Ulangi ketukan sebanyak beberapa kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain
4. Pastikan anda menjarakkan 2 hingga 3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain untuk mendengar
Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini amat kuat dan boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa share pada kawan-kawan anda untuk langkah keselamatan.
Kredit : Dolinik Roslan