Pesakit kencing manis biasanya bergantung pada ubat-ubatan yang diberi oleh doktor untuk mengawal kadar gula dalam darah supaya sentiasa stabil.
Selain ubat dari hospital, mungkin anda sedang tercari-cari petua semulajadi bagaimana turunkan kadar gula dalam darah.
MINUM RENDAMAN BENDI
Melalui perkongsian Nor Zuraida Mat Nayan melalui FB, dia berkongsi petua untuk turunkan bacaan gula dalam darah dengan air rendaman bendi.
Cara penyediaan:
1. Rendam bendi 2 atau 3 biji dalam air suam.
2. Belah terlebih dahulu hujung bendi tersebut. Rendam selama 1 malam, minum esok paginya, inshaaAllah boleh mengurangkan kadar gula dalam darah terutama bagi mereka yang mengalami penyakit kencing manis atau diabetis.
INI PULA PERKONGSIAN DARIPADA DARA ANGGUN.
“Balik kampung haritu sembang dengan kawan atuk, umur dah 86 tahun tapi masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..tiada penyakit seperti adik beradik dia yang lain..tekanan darah ok, gula dalam darah ok, kencing manis xde, kolestrol pun rendah"
Bila ditanya apa rahsia dia…
“Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia masuk umur 30 tahun. Aku pun dah masuk 4 series ni, cuba la buat... InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2”- Dara Anggun
Caranya mudah dan murah sahaja :
1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1-2 je
2. Potong halus seperti pic di bawah
3. Rendam selama 8 hingga 12 jam di dalam air mineral supaya lendir bendi tadi keluar
4. Boleh diminum bila-bila masa
5. Bila air dah habis, rendam sekali lagi, boleh buat sampai 2-3 kali, sampai likat lendir dia abis
6. Bendi tadi tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dalam kari…tak membazir
Selamat mencuba! semoga bermanfaat buat semua pambaca blog PSP. Jangan lupa like page kami. Sekian.