Cara Buat Jeruk Mangga Paling Sedap Tanpa Guna Pengawet

Cara Buat Jeruk Mangga Paling Sedap Tanpa Guna Pengawet

Welcome lower back! Terima kasih pembaca setia kerana sudi singgah di blog ini, kali ini saya mau kongsikan cara buat jeruk mangga splendid sedap tanpa menggunakan bahan pengewet! Sebelum itu jangan lupa observe fb saya (kat bawah sekali) untuk dapatkan banyak lagi pointers menarik.

Saya ni boleh dikatakan penggemar jeruk buah-buahan terutama mangga dan kedondong, baru-baru ni saya ada pergi ke pulau Pinang, sempat tapau jeruk Pak Ali yang cukup terkenal di sana.

Tapi tahukah anda makan terlalu banyak jeruk adalah tidak baik untuk kesihatan malah boleh mengakibatkan penyakit kanser, kecacatan bayi dan kurangnya daya tahap imun badan.

Biasanya jeruk yang dijual di kedai ini menggunakan bahan pengewet supaya tahan lama serta tidak cepat rosak. Bagi korang yang terasa mengidam mau makan jeruk, korang boleh buat sendiri resepi yang dikongsikan oleh saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Sangat senang mmbuatnya dan tidak menggunakan sebarang bahan pengewet.

Cara-caranya membuat jeruk mangga tanpa bahan pengewet:

BAHAN-BAHAN:

1 plastik buah mangga. Saya gunakan mangga epal ( RASA: Anggaran dalam 15-20 biji)

2 genggam garam kasar

1 sudu makan kapur makan ? Dibancuh dengan air

1 kilo gula pasir

3 cawan air

2 balang plastik besar

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh buah mempelam hingga bersih dan potong ikut kreativiti sendiri. Lebih sedap jika dikupas kulitnya. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.

2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar di bawah. Peram semalaman dalam peti sejuk. Keesokan harinya, sejatkan air.

Three. Masukkan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 24 jam

four. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika mau lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan selama 10 minit

5. Ambil mempelam yang telah direndam air kapur, cuci bersih dan toskan airnya. Masukkan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.

6. Tadaa! Inilah hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya bersama keluarga.

7. Jeruk mangga yang telah sedia untuk dinikmati. Jemput makan.

Selamat mencuba! jangan lupa follow fb saya Donny Bin Ien dan like page Pertanian satu perniagaan untuk dapatkan banyak lagi tips menarik.

Kredit resipi & foto: Nor Shakinah Md Zainal via Rasa.my

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
JERUK MANGGA,RESEPI,TIPS