Cili padi (cili bara) atau dalam bahasa Dusun kami panggil lado momporok sememangnya antara cili paling pedas dan digemari ramai. Tak lengkap hidangan kalau tiada cili dalam menu. Cili boleh dimakan bersama dengan ikan, sup, ayam dan sebagainya.
Harga cili padi di pasaran diantara RM15-eighty sekilo bergantung pada stok dan permintaan pelanggan. Anda boleh menjual cili padi di pasar, kedai, restoran dan atau grocery keep. Selain itu cili padi boleh diproses menjadi Jeruk Cili yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.
Kalau Di Sabah saya meminati jeruk Cili Tuhau, kalau dicampur dengan mee goreng dan telur memang amat menyelerakan!
Artikel kali ini saya kongsikan bagaimana menyemai benih cili padi atau apa-apa jenis benih dalam botol minyak 5KG. Caranya amat senang, bahan-bahannya ialah botol minyak masak 5KG, tanah hitam, benih cili dan tali mop (boleh gunakan kain terbuang)
Mula mula potong dua botol minyak masak, isikan air baja AB,
Tali mop
Lubangkan penutup botol dan masukkan tali mop seperti dalam gambar dibawah
masukkan tanah, kemudian semai benih cili
gambaran bagaimana tanam pokok dalam botol meneral
Semai selama beberapa hari
usia anak pokok cili lebih kurang dua minggu, pada peringkat ini anda bolehlah pindahkan anak benih ke polybag yang lebih besar sebelum ditanam ke dalam pasu besar atau di tanah
Atau.. Anda boleh kekalkan benih cili dalam pasu tersebut, tengok p.C dibawah
Image: Hasniza Ghanihasil tanaman cili selepas 2 bulan lebih, meriah kan buahnya... Tidak perlu beli cili di pasar, tanam sendiri ja, caranya amat mudah dan menjimatkan!
Selamat mencuba! Jangan lupa study fb saya Donny Bin Ien