Punca Daun Cili Menjadi Kerinting Dan Gugur & Cara Mengatasinya Dengan Semburan Racun Organik

Cili merupakan tanaman yang paling banyak di usahakan kerana mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Hampir semua menggunakan cili sebagai pelengkap dalam menu makanan.

Kebanyakan pengusaha menanam cili melalui kaedah fertigasi kerana hasilnya yang lebih banyak dan menjimatkan kos merumput dan meracun.

Bagi anda yang baru berjinak-jinak menanam cili, kawalan serangga adalah perkara yang harus di ambil perhatian. Cili mudah diserang penyakit jika tiada penjagaan yang rapi.

Berikut adalah 5 masalah utama penanaman cili dan penyelesaiannya.

1. Buah Busuk

Disebabkan oleh suntikan lalat buah, terdapat lubang sekecil jarum pada cili sebelum merah (masak), buahnya akan menjadi hitam dan busuk lalu gugur

Cara mengatasi

  • Buang mana-mana buah yang busuk dan bakar
  • Pasang pelekat kuning
  • Pasang perangkap lalat buah
  • Sembur racun organik awal pagi setiap hari

2. Bunga gugur

Disebabkan kekurangan baja dan air

Cara mengatasi

  • Tunggu 2-3 kali pembungaan
  • Pastikan peredaran udara lancar sekeliling pokok
  • Siram secukupnya
  • Baja secukupnya

3. Daun keriting  dan luruh

Diserang semut dan kutu daun

Cara mengatasi

  • Sembur dengan racun organik (Bawang putih + cili padi + minyak mambu (neem oil)
  • Sembur dengan air minyak masak + sabun
  • Sembur dengan air kunyit + kapur putih

Selain menggunakan racun serangga organik diatas, anda boleh guna racun kimia yang boleh dibeli di kedai pertanian. Namun saya sarankan untuk menggunakan racun organik kerana ianya lebih selamat dan mesra alam.

Four. Semut hitam

Disebabkan oleh seranggan semut yang membawa virus pada daun cili dan boleh menyebabkan penyakit

Cara mengatasi

  • Tanam bawang putih keliling pokok
  • Sembur dengan racun organik (Bawang putih + cili padi + Minyak Mambu (Neem oil)

5. Pokok mati selepas berbunga

Benih diambil tidak berkualiti, terlebih siram dan tanah yang digunakan tidak sesuai

  • Guna benih berkualiti
  • Siram air secukupnya
  • Guna media tanah yang sesuai

Sekian artikel ringkas saya malam ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca weblog PSP. Jangan lupa like dan proportion terima kasih.

Image: Kebun Bandar

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
LADA