Roti Lebih Jangan Dibuang, Boleh Buat Baja Subur, Lebatkan Buah Tanaman Anda

Shallom! Kopisanangan kosuabon aka selamat pagi, terima kasih sudi singgah di blog saya.

Ramai yang suka bercucuk tanam di halaman rumah tapi tak ramai yang tahu cara penjagaan, cara suburkan tanaman serta bagaimana mau lebatkan buah pada tanaman anda.

Artikel pagi iniIntan Suhana mau kongsikan cara buat baja subur paling simple , semua orang boleh buat. Modalnya sangat murah, hanya menggunakan lebihan kepingan roti yang ada di rumah anda.

Bahan-bahan yang diperlukan;

1. Sekeping roti yang masih elok, belum berkulat

2. Air hujan atau lagi bagus air basuhan beras sebanyak 1.5 liter

* Kalau mau guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin dalam air tersebut.

* Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita sudah ramai yang pakai penapis air di rumah, takda masalah pun mau guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.

* Jadi silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.

CARA-CARANYA;

1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, isikan air, pastikkan guna air tanpa klorin atau paling bagus air basuhan beras.

2. Kemudian peram selama 7 hari supaya peraman lebih berkesan. Simpan di tempat gelap, saya simpan di dalam kabinet dapur ja. Pastikan penutup botol dibuka selepas 3 hari untuk mengeluarkan fuel yang terhasil daripada proses penapaian ini, istilah lain dipanggil MOL atau Mikroorganisma Lokal.

MOL adalah baja dan penggalak tanaman yangg terhasil dari peraman bahan tertentu, contohnya sayuran, buahan, bawang, ikan, kekacang bersama gula merah dan juga peraman roti ini.

Setiap bahan yang digunakan untuk membuat MOL mempunyai khasiatnya yang tersendiri. MOL yang baik adalah bila digandingkan semasa pembajaan, maka lengkaplah unsur NPKnya.

Apa itu NPK? Saya akan terangkan pada artikel seterusnya kio.

Inilah hasil peraman selepas 7 hari. Sudah prepared untuk disiram pada tanaman kesayangan anda. Daripada pokok yang hidup segan, mati tak mau, selepas siram dengan baja ini pokkok anda akan tumbuh subur dan berbunga dan berbuah lebat.

Three. Nisbah yang digunakan untuk peraman ini bergantung pada kreativiti sendiri, saya guna 1 keping roti dan 1 liter air meneral, untuk 6 liter air pada bekas penyiram ni, saya gunakan 4 keping roti. Siramlah pada tanaman dan bunga-bunga di halaman rumah anda, lihat sendiri hasilnya selepas beberapa minggu.

Selamat mencuba!

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
BAJA BUAH,TIPS