Amaran! Sila abaikan muka artis2 kat bawah ni, sekadar gambar hiasan adequate... Abang cuma nak promote durian je.. Hehe
Sekarang ni musim durian kembali melanda seluruh Malaysia iaitu sekitar bulan Jun sehingga Mac setiap tahun.
Yang pasti, peminat durian dah lama menanti dan tidak sabar menanti saat-saat ini tiba untuk menikmati keenakan
Kalau kita perhatikan, kat mana-mana pun ada gerai durian tak kiralah tepi jalan, pasar malam dan pasaraya.
Untunglah yang ada kebun durian berekar-ekar, jual durian je boleh jadi kaya raya. Tak percaya cuba tanya tokey durian berapa untung bisnes ni.
Hasil titik peluh selama 4-5 tahun menanam dan menjaga durian sampai berbuah amat berbaloi sekali, harga durian berjenama pun boleh tahan harganya sekarang. Belum lagi cerita pasal eksport ke China.
Artikel pagi ini saya ingin kongsikan manfaat memakan buah durian yang masih ramai tidak tahu. Teramat rugi bagi mereka yang tidak suka makan buah paling sedap didunia.
Ini kerana sebiji durian mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan badan. Antara kandungannya ialah seperti vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Serat, Protein, Kalium, Karbohidrat dan Fosforus.
Ini Adalah Antara Manfaat Buah Durian Yang Menjadi Kegilaan Ramai!
Image: myartis.com |
Bagi anda yang sering mengalami masalah tidur atau insomnia (sleep disorder), anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian. Ini kerana buah durian mengandungi tryptophan dan asid amino yang boleh menenangkan fikiran dan tubuh.
Menguatkan Gigi Dan Tulang
Buah durian mengandungi kadar kalsium yang tinggi dan vitamin B1,B2. Komponen-komponen tersebut menjaga dan memperkuatkan gigi dan tulang.
Mengawal Keseimbangan Gula Dalam Darah
Memakan durian juga amat baik untuk mengawal keseimbangan gula dalam badan sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.
Merawat Tekanan (Depression)
Kandungan vitamin B-6 dalam durian menghasilkan serotonin yang membantu seseorang berasa tenang dan mengatasi tekanan secara semulajadi.
Merawat Anemia (kurang darah)
Kandungan zat besi dan folat dalam durian mampu mengatasi penyakit kekurangan darah dalam badan atau penyakit Anemia. Memakan durian boleh merawat penyakit Anemia secara semulajadi.
Mencerahkan dan menghaluskan Kulit
Kandungan vitamin C dalam durian mampu membantu mencerah dan menghaluskan kulit. Kulit halus dan cantik semestinya dambaan setiap wanita mahupun lelaki.
Mencegah dan Menghilangkan Masalah Jerawat
Buah durian mengandungi Antioksidan yang mampu melawan bakteria penyebab masalah jerawat dan jeragat. Memakan durian boleh melicinkan muka dan menghilangkan jerawat.
Memudarkan Bintik Hitam
Caranya ambil isi durian yang kuning dan masak dicampur dengan 2 sudu madu lebah. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah. Insyahallah bintik hitam pada wajah dapat diatasi.
Merangsang Nafsu Seeks
Tahukah anda memakan durian mampu menaikkan ghairah seeks seseorang. Okey malam jumaat ni jangan lupa makan durian dulu ye...hehe
Wow! selain sedap dan enak dimakan, rupanya ada banyak khasiat yang terkandung pada buah durian ni. Tapi kalau nak makan durian biarlah berpada-pada ye!
Image: Myartis.com |