Tak Perlu Siram, Begini Cara Tanam Pokok Dalam Botol Meneral Terpakai

Ramai yang suka menanam pokok tapi bila sampai bab menyiram ni ramai yang gagal sebab ia agak memenatkan lagi-lagi kalau kebun agak jauh dari rumah.

Cabaran utama petani sebenarnya bukan menanam pokok semata-mata tetapi memberikan pokok cukup air, baja dan nutrien yang diperlukan untuk terus tumbuh dengan subur.

Pagi tadi saya ada sembang dengan seorang purchaser pasal tanaman duriannya, katanya daripada 30 pokok yang dibelinya dari nursery saya, hanya tinggal 7 pokok yang masih hidup disebabkan musim kemarau yang melanda negara kita.

Pokok banyak mati kerana mungkin jarang disiram, ditambah dengan cuaca yang terlalu panas walaupun kebunnya berhampiran dengan kawasan kaki gunung Kinabalu yang sejuk iaitu di Melangkap Kapa Kota Belud.

Bagi anda yang mahu menanam pokok atau bunga hiasan di halaman rumah, anda boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Ujjwal Mitra ni melalui Youtube. Ianya mudah dibuat dan tidak perlu menyiram setiap hari. Hanya perlukan sebotol meneral terpakai dan tali mop.

CARA-CARANYA:

1. Potong botol terpakai dengan gunting atau pisau seperti dalam gambar.

2.Lubangkan penutup botol dengan paku atau benda tajam

3. Sediakan tali mop atau kain terpakai, koyakkan dan gulung, asalkan air dapat mengalir

4. Masukkan tapi mop ke dalam penutup botol yang dilubangkan tadi

five. Isi air biasa. Campurkan sekali dengan baja subur cecair. Bole gunakan baja AB dan sebagainya mengikut sukatan untuk 1liter air.

6. Masukkan bahagian atas botol yang dipotong tadi dengan tali yang telah dimasukkan kedalam penutup botol tadi. Lihat gambar dibawah

7. Masukkan tanah hitam campur sekam padi dan cocopeat atau peatmoss

8. Tanam pokok kegemaran anda seperti bunga dan sebagainya kedalam tanah

9. Siram dengan air biasa hingga basah. Siap! Comel kan? Yang paling penting anda tidak perlu gunakan masa banyak untuk maintainance. Cukup isikan air pada botol jika sudah habis.

Selamat mencuba! Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca PSP. Jangan lupa like internet page PSP dengan mengklik button like dalam area di bawah.

Tonton video dengan lebih jelas

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
HIDROPONIK,TIPS