Cara Buat Baja Organik Dari Kulit Telur Ayam Untuk Suburkan Daun Pokok Yang Kekuningan

Semua kita suka makan telur ayam kan? Biasanya lepas menggoreng telur, kulitnya kita buang dalam tong sampah. Mulai sekarang jangan buang kulit telur tersebut, kumpul dan jadikan sebagai baja organik.

Berikut adalah perkongsian pengguna laman sosial bernama Walid Rayyan yang menggunakan kulit telur sebagai baja subur pada tanaman.

"Orang lain pergi bazaar ramadhan beli murtabak la..roti john la...saya pulak pegi bazaar pergi kutip kulit telur ayam, cadang nak buat baja tapi bila dah banyak camtu mula la terfikir macamana pulak nak kisar halus. Kalau guna dry mill blander cap panasonic mem besau mau hangit dibuatnya nanti...😂😂

Kulit telur ni sebenarnya mempunyai unsur-unsur zink, aluminum, dan banyak lagi kalau nak terangkan, selepas di peram seminggu bagus untuk merawat pokok yang terkena penyakit atau daun berwarna kekuningan.

Cara saya, goreng dulu sampai kekuningan, lama-lama akan jadi hancur. lepas tu peram dengan cuka asli untuk buat baja kulit telur".

Selepas dikeringkan dan di goreng hingga rapuh, tumbuk menggunakan lesung pipit, kemudian gunakan blender untuk hancurkan kulit telur hingga jadi separuh habuk. Jangan hancurkan sampai macam tepung.

Contoh baja kulit telur yang sudah sedia digunakan. Cara guna baja ni ialah ambil sesudu teh dan tabur di sekeliling pangkal pokok seperti lada, bunga dan sebagainya, dengan syarat tanah perlu digembur terlebih dahulu dan siram dengan air secukupnya. Ia sama fungsi dengan kapur pertanian dan dolomit.

Kulit telur mempunyai 96% kalsium karbonat (CaCO3), Ia amat baik untuk menguatkan struktur selular dan membawa nutrien pada keseluruhan pokok. Bah apa tunggu lagi? mulai sekarang jangan buang kulit telur, kumpul dan jadikan sebagai baja tanaaman.

Selamat mencuba! jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny ien

Kredit Pic: Walid Rayyan / Tanom kinotuan.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
BAJA ORGANIK,KULIT TELUR,PETUA,TIPS