Daun Kapal Terbang Mampu Turunkan Kencing Manis? - Begini Caranya...

Biasanya Daun kapal terbang ini digunakan sebagai rawatan alternatif untuk menghentikan pendarahan jika mengalami luka. Teringat zaman kanak-kanak dulu, kalau ada luka gunakan ja daun ni gumpal bagi hancur dan tampal kat tempat luka.

Menerusi satu post di pageBrace MEN spa, yang dikongsikan oleh Rashid Kocai, daun ini dikatakan mampu merawat kencing manis. Post tersebut mendapat 12k ribu share sejak minggu lepas.

Tidak dipastikan sejauh mana kebenarannya namun penulis nasihatkan supaya berhati-hati sebelum menggunakan daun ini untuk tujuan lain selain dari menghentikan pendarahan, yang itu dah memang terbukti berkesan sebab saya sendiri pernah gunakkannya.

"Daun ubat kencing manis. Dalam 3 hari turun bacaan dari 17.9 kepada 7. Tak ada kos. Ambil di tepi kebun. Rendam 3 helai dalam segelas air panas selama 3 jam. Minum sekali sehari. Mujarab dan jimat kos. Syukur' - rashid kocai

Tak sangka pula daun ini boleh merawat kencing manis. Setahu saya daun ini boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan pada luka, tidak pernah lagi dengar ianya boleh turunkan paras gula dalam darah.

Seorang lagi pembaca menulis " sy memang dah minum daunni sy x rebos sy tumbukje dauntu d tapis minumseblm sarapan pagi alhahamdulillah senggugut sy ter hilang - Halifah Efa

Mohamad Azwan Fahmi Aziz pula menulis "Daun ni jgk boleh berubat kene santau, makan 7 helai daun die. Petik 7 helai mula dari atas ke bawah. Tahan mase makan, jangan muntah. Kunyah sampai lumat pastu telan, InshaAllah luka2 dalam badan jgk boleh sembuh.

Selain itu, daun sireh cina juga mampu turunkan kencing manis. "mkn mentah daun sireh cina, tiap2 pg tiap hari mkn la sehelai or dua helai, jgn lupa basuh dulu, boleh turun kencing manis tp makan masa sikit la. Sireh cina atau pun nama lain nya ketumpang air. - Syazani Suria

Ketum juga mampu turunkan kencing manis dengan merebus daunnya dan minum air rebusan.

"Saya punya skill,30helai,hiris halus2...rebus dengan api besar,dari sukatan 3cawan,bagi sampai agak2 jadi 3teguk... - Nor Mazrul Halimi

Semoga bermanfaat. Jika anda rasa artikel ini bermanfaaat, jangan lupa share pada kawan-kawan anda.

P/S: Penulis cuma berkongsi petua ini, tidak bermakna korang boleh cuba sesuka hati tanpa panduan yang betul, ataupun nasihat doktor. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku benda yang tidak diingini. Jika anda ada sebarang perkongsian, sila tulis di ruangan komen di bawah.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
HERBA,KENCING MANIS,PETUA