Durian merupakan sejenis tumbuhan yang dipercayai berasal dari hutan Borneo dan buah-buahan paling digemari seluruh lapisan masyarakat.
Keunikan buah ini adalah baunya yang amat kuat, rasa sedap dan berlemak serta mempunyai duri yang tajam. Durian berbuah sekali atau dua kali dalam setahun secara bermusim.
Di Malaysia, penanaman durian semakin diminati ramai kerana harganya yang melambung tinggi di pasaran terutamanya di luar negara seperti China.
Bagi anda yang ingin menanam durian secara suka-suka mahupun secara skala besar, di bawah ini saya senaraikan beberapa klon durian well-known yang wajib anda tanam.
1. MUSANG KING (D197)
Juga digelar durian king atau raja segala buah kerana isinya yang sangat sedap dan berlemak, sedikit pahit berbanding dengan durian lain, buahnya yang lambat rosak dan pecah membuatkan durian ini antara klon yang wajib ditanam secara komersial, anggaran harga sekilo ialah sekitar rm30 hingga rm100 sekilo.
Cara menggenall durian musang king, pastikan pada kawasan bawah durian tersebut tidak mempunyai duri seolah-olah seperti tapak sulaiman atau bintang dan juga pada bahagian bawah tangkai durian. Lihat % di bawah
2. HAJJAH HASMAH (D168)
Juga dipanggil durian mas muar/johor atau IOI. Buanya boleh mencecah 2-3kg sebiji, kulit berwarna hijau dan isinya kuning kunyit, IOI antara durian kegemaran saya kerana rasanya yang sedikit pahit dan berlemak. Durian ini wajib ditanam namun untuk komersial, saya sarankan tidak perlu tanam banyak kerana buanya cepat pecah selepas three hari dan sukar untuk dijual.
Three. D24
Tiada nama lain yang saya ketahui selain D24, satu lagi klon durian yang rajin berbuah, lebat dan lemak manis dan sedikit pahit. Klon ini antara yang paling banyak ditanam selain Musang King. Kalau musim durian di Kota Belud, klon ini paling banyak dijual namun harganya akan turun disebabkan lambakan durian pada musim luruh.
Four. UDANG MERAH (D175)
Isi warna kuning oren, berlemak dan tebal isinya. Antara durian kegemaran saya. Wajib ditanam untuk pasaran komersial.
5. MDUR 88 (D190)
Mempunyai isi yang tebal, halus dan pejal, berwarna kuning emas serta lemak manis.
6. CHANEE (D123)
Durian klon ini berasal dari Thailand dan antara yang well-known di sana selain Monthong dan Kanyau (Tangkai Panjang). Buahnya berbentuk panjang dan lemak manis. Sesuai untuk dikomersialkan.
7. BESERAH (D145)
Berbuah besar dan bulat, kulit hijau dan nipis, senang nak kopek. Isinya berlemak manis dan sedap.
8. KANYAU (D158)
Nama lain klon ini adalah tangkai panjang, antara durian popular dan termahal di Thailand. Berlemak manis dan sedikit pahit. Mempunyai kulit yang hijau dan nipis, bentuk buah bulat dan mempunyai tangkai yang agak panjang berbanding durian lain. Sila tanam klon ini untuk koleksi peribadi.
Nine. MONTHONG (D159)
Asal Thailand, durian ini mempunyai saiz yang besar dan beratnya boleh mencecah five-6 kg sebiji. Rasanya berlemak dan manis, lembut dan isinya sedikit pucat, namun amat sedap. Wajib tanam tapi pastikan dahan pokok ini perlu kuat supaya dapat menampung berat buahnya nanti. Pilih dahan yang besar dan pangkas dahan yang kecil-kecil bagi mengelakkan ia patah.
10. KOP KECIL (D99)
Isi kuning, lemak manis, isinya sedikit lembik tapi sedap. Buahnya berbentuk bulat dan nipis. Wajib tanam sepokok dua untuk koleksi peribadi.
11. TOK LITOK (D169)
Isi tebal, lembut, isi kuning dan lemak kamis serta sedikit pahit
12. MDUR seventy eight (D188)
Isi tebal, kuning dan lemak manis
thirteen. MDUR seventy nine (D189)
Isi tebal, halus dan berwarna kuning jingga serta rasanya yang lemak manis.
14. BLACK THORN/OCHEE/DURI HITAM
Selain dari klon diatas, saya juga sarankan anda menanam durian Black Thorn/Ochee atau nama lainnya adalah durian duri hitam. Kod durian ini adalah D200. Klon ini semakin mendapat perhatian penanam durian di seluruh negara kerana keenakannya dan aromanya yang sangat sedap serta isinya yang berwarna oren. Difahamkan harga sekilo durian ini boleh mencecah RM100 keatas. Anda patut tanam mulai sekarang. Anggaran masa berbuah adalah sekitar four ke 5 tahun.
Klon lain yang berpotensi di pasaran ialah Musang Queen atau Tekka, Kim Hong @ Golden Phonex, dan Nok Kracip.
Bagi anda yang menggemari durian hutan, saya sarankan menanam durian seperti klon Ralit/dalit yang berisi oren atau kuning, sukang isi oren, durian tenom splendor, maraang (isi merah), otak udang dan durian suluk. Kelebihan durian ini adalah, ia tidak akan menyebabkan badan terasa panas walaupun memakan banyak. Kebanyakan durian ini banyak ditanam di Borneo seperti Sabah dan Sarawak.
Sekian untuk artikel pagi ini. Semoga bermanfaat. Dipetik dari group PPDM. Terima kasih kerana berkongsi informasi ini. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Ien - Menjual benih durian dan buah-buahan hybrid.