Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang paling popular di dunia. Kalau korang tengok, kat mana-mana rumah pun kebanyakan ada orang bela kucing. Tapi ada juga kucing liar atau kucing yang terbiar dan tidak tahu siapa pemiliknya.
Masalah utama kucing ini ialah suka berak dan kencing merata tempat, kalau sekali sekala nak cuci boleh tahan lagi, tapi bila ia kerap datang membuang najis merata, boleh naik geram dibuatnya!
Yang paling tak menyenangkan ialah bau najis dan kencingnya yang amat busuk sehingga menusuk kedalam lubang hidung! Yukksss!!! Puas cuci dengan sabun tapi baunya masih boleh hidu.
Menerusi carian saya di Google dan komen rakan-rakan Facebook, begini petua menghalau kucing berak merata. Caranya, isikan penuh dengan air dalam botol meneral dan tuangkan sedikit pewarna air sirap sehingga berwarna merah.
Letak ditempat yang selalu kucing berak dan kencing. Kucing tak akan berani dekat pada botol warna merah tersebut. Selamat mencuba!
Antara petua lain bagi menghalau kucing berak dan kencing merata tempat ialah:
1. Letakkan daun serai
2. Letakkan kulit oren
3. Taburkan Serbuk Kari
4. Siram Minyak Hitam
5. Letakkan Ubat Gegat
6. Siram Minyak Tanah
7. Bela Anjing
eight. Siram cili padi
nine. Letak timun
11. Tangkap dan potong misai... Pas tu hantar tempat lain, jgn lupa sembur air kulit lemon or rebusan daun durian belanda pd tempat yg biasa dia kencing
12. Tuangkan bekas minyak masak goreng ikan
13. Jentik biji kucing (jantan je) bagi dia tobat haha...
14. Blend air halia tua air, tapis, masuk botol spray, sembur kat kawasan rumah.. InsyaaAllah
15. Ambil satu tangkai penyapu lidi, letak kan kat ekor ekor, patahkan lidi sama panjang dengan ekor kucing. Lepas tu, cari tempat baru utk kucing tu berak, bawa dia sekali. Berbual2 baik2. Cakap ni tempat baru kau berak. Pacak kan lidi tersebut.
Sekian. Semoga bermanfaat, jangan lupa percent dan like page PSP.
Image; Google.com & facebook