Sayu : Nampak duit tepi jalan .. mahu ambil .. tapi di halang hantu lalu potong kepala hantu
Gerik : Adik perempuan kepada suspek kes bunuh dan memenggal kepala seorang lelaki di Slim River semalam mendakwa abangnya itu berkelakuan pelik kerana sering dilihat bercakap bersendirian.
Dia yang enggan dikenali memberitahu, abangnya berperangai sedemikian sejak tujuh tahun lalu namun mereka tidak pernah merujuk perkara itu kepada pakar psikiatri atau mana-mana perubatan moden.
Menurutnya, abangnya yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak menetap di Ipoh serta bekerja sebagai pemandu lori merupakan seorang yang baik cuma berperangai pelik.
Info Suspek : OPS KEJAM SLIM RIVER
Slim River Rpt: 2455/15 Sek. 302 KK
Tangkapan:
Muhamad Naji bin Saad
800424-08-5817
35 Tahun
Pemandu lori
Tpt tangkapan:-
No.25, Kg Air Jada,
Gerik, Perak.
Rampasan:-
1. (1) m/Kar Produa Alza no. JPY 8579.
Rampasan dlm kereta:-
1. Sebilah parang panjang l/kurang 32 inci.
2. (1) beg silang mengandungi (1) bilah pisau panjang l/kurang 6 inci, (1) kad pengenalan atas nama tangkapan, (2) pas kerja masuk pelabuhan atas nama tangkapan.
Jarak l/kurang 7 meter jumpai (1) guni plastik makanan anjing warna merah/kuning di dlmnya terdapat (1) plastik sampah warna hitam dan di dlm plastik tersebut terdapat kepala manusia disyaki kepala mangsa.
�Selepas ditahan polis, abang sempat menceritakan tentang kejadian yang dilakukannya. Dia berkata ternampak timbunan duit di tepi jalan di Slim River.
�Dia mahu mengambil duit tersebut namun dihalang oleh hantu lalu memotong kepala hantu yang didakwa dilihatnya itu,� dakwanya ketika ditemui hari ini.
Menurut wanita tersebut, dia terkejut dengan apa yang dilakukan oleh abangnya itu sambil menyifatkan ia sebagai dugaan berat yang dihadapi oleh mereka sekeluarga.
Katanya, dia tidak menyangka abangnya terlibat dalam kes itu kerana ketika berada ke rumah ibu dan bapa di sini baru-baru ini, abangnya tidak menunjukkan ge�lagat yang mencurigakan.
Tambahnya, abangnya berkelakuan seperti biasa malah sempat menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari bersama-sama sebelum ketibaan pasukan polis.
�Malah ketika polis mengepung rumah kami, saya masih tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah abang menunjukkan tempat dia meletakkan kepala mangsa dalam timbunan baja di hadapan rumah kami,� katanya. R.I.P Buat mangsa -UTUSAN