Selepas seminggu ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, filem aksi, Badang lakonan Dato� Aliff Syukri menjadi bualan netizen. Lebih hangat, beberapa orang pelakon serta penggiat seni tanah air turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap Dato� Aliff Syukri.
Artikel Berkaitan: �Ini Tempat Kami Cari Makan, Dia Tak Layak� � Pengarah & Amyza Aznan Selar Aliff Syukri?
Terbaru, pembantu peribadi beliau, mel77_melati dilihat seolah memerli semula pelakon yang mempertikai kebolehan majikannya itu. Amboi betul-betul back up ini!
Tutup periuk nasi
Di dalam video tersebut, pembantu peribadi Dato� Aliff Syukri yang dikenali sebagai Mel itu menyangkal dakwaan majikannya menutup periuk nasi artis-artis lain.
Tambah Mel, artis berkenaan sebenarnya iri hati kerana sudah tidak menerima tawaran untuk membintangi drama atau filem.