Padah Kurang Kalsium & Malas Gosok Gigi, Kanak-Kanak 6 Tahun Ini Hilang Semua Gigi

Soal kebersihan dan kesihatan gigi anak-anak, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik akan kepentingan dua perkara tersebut

Namun, ada juga yang mengabaikan faktor kebersihan gigi dan akhirnya menyebabkan kesihatan gigi anak-anak mereka semakin merosot. 

Makanan atau minuman yang manis juga harus diambil secara bersederhana. Kandungan gula yang berlebihan dalam makanan atau minuman akan menyebabkan gigi rosak. Jika berlebihan pasti akan memudaratkan. 
Menerusi Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Atuk Limie Mohamad telah berkongsi tentang gigi anaknya yang berusia enam tahun terpaksa dicabut semua akibat kerosakan yang teruk dan gusi yang bengkak

    • Menurut beliau, gigi anaknya rosak akibat kuat minum manis dan malas menggosok gigi. Namun, kesakitan itu berakhir apabila kesemua gigi kanak-kanak berkenaan dicabut.
  • Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

    • Alhamdullilah.. Hannan Selamat dah buang semua gigi.. Skrg dia dah separuh sedar... Doktor kejut gok.. biasa org lain tidur 3-4jam. Terima kasih semua sahabat berkat Doa Semua.
      #Makluman pada yg share
      Gigi rosak bukan sebab kuat makan coklat. Anak saya ni kurang calsium lepas susu ibu dia tak minum susu. Dan kuat milo dan malas gosok gigi. Kalau punca coklat 2 Org lagi abg dan kak dia akan terima nasib yg sama.
      Pada semua yang PM saya. Maaf saya tak sempat nak jawab semua msg anda.Tp saya jawab bila free. Dibawah ni saya sertakan kronologi anak saya.
  • Pada masa itu, gigi geraham anaknya sudah kelihatan seperti kawah gunung berapi kerana berlubang, oleh itu pembedahan harus dijalankan secepat mungkin

    • Kerosakkan gigi Hannan bukan berpunca dari kuat makan gula-gula. Punca utama Hannan selepas 2tahun susu ibu. Hannan tidak lagi minum susu. Sebaliknya dia lebih suka minum milo. Dan lambat lepa.. kopi Abi dia pun dia minum. Kekurangan Calsium gigi bercampur malas gosok gigi punca utama kerosakkan gigi Hannan.
    • 4 Tahun
      Masuk umur 4tahun. Hannan pernah buat pemeriksaan gigi di klinik swasta. Doctor hanya bagi ubat tahan sakit.

      5 Tahun
      Berumur pertengahan 5 Tahun. Boleh dikatakan setiap minggu Hannan Sakit gigi sampai tak boleh tidur� skali lagi buat pemeriksaan klinik swasta. Kali ni kesan kerosakkan lebih besar� gigi graham dia telah rosak dan berlubang. Menyebabkan gusi bengkak. Pada masa yg sama.. gigi depan juga sudah rosak menyebabkan nafas berbau. Kami minta Doktor buang. Tapi dinasihatkan biar gigi susu tercabut sendiri. Dan doktor hanya bagi ubat tahan sakit yg mampu bertahan seminggu.
      November tahun 2017 skali lagi kami ke klinik pemeriksaan. Masa ni gusi Hannan dah bengkak dan dia sendiri tidak selesa.. dgn selalu meludah mungkin sebab gusinya bengkak.Doctor nasihatkan kami pergi ke klinik kerajaan. Kerana umur hannan baru 5tahun dan ada risiko utk buat di klinik swasta. (Risiko blaje besor kikiki, Moga kite rakyat yang membayar cukai..kite cari Hospital kerajaan).
      Permulaan kami pergi ke klinik gigi 1Malaysia. Utk buat pemeriksaan. (Doctor baru) . Doctor cadangankan bertahan dgn ubat tahan sakit dahulu.. utk cuba rawat gusi dan tahan sakit gigi. Keadaan masih tidak berubah. Hanya bertahan satu @ minggu sahaja.Selepas sebulan Kami pergi lagi buat pemeriksaan. Kali ni Doctor klinik 1Malaysia cadangkan tunggu sehingga umur 6 Tahun utk temu janji cabut gigi.
    • 6Tahun
      Kami kena datang skali lagi ke klinik 1Malaysia utk buat pemeriksaan dan temu janji. Alhamdullilah walaupun doctor lain.. tp rekod Hannan sudah ada.. hanya sambung kes.. dan buat temu janji dgn pakar utk rujuk ke hospital besar kuala terengganu. Pertengahan January kami dapat date utk temu janji di hospital besar. Datang utk pemeriksaan skali lagi oleh pakar. Dan pada mulanya dicadangkan utk cabut mana gigi yg rosak. (Cuma tinggal 3btg sahaja gigi depan yang elok). Skali lagi diberi tahu utk temu janji cabut gigi Hannan perlu tunggu 3 hingga 6 bulan. Erkkk lamanya� Tp sebenarnya perkara biasa kerajaan sebab kena selesai kes terawal.. Pihak hospital akan call bila tarikh yg ada.

      Selepas 2minggu buat pemeriksaan pakar. Alhamdullilah dapat panggilan dari Hospital bagi date 21hb febuary boleh datang ke hospital utk pemeriksaan bius. Dan 22hb feb Hannan dapat date pembedahan. Alhamdullilah. Bagi tahu Hannan Esok nok cabut Gigi. Suka dia dgr?


        • 22 Feb. 2018
          10.45 pagi Hannan Dibawa ke bilik bedah.
          11.15 pagi Hannan diminta doctor utk meniup belong (bukan belong sebenarnya bius yg diletakkan dimulut). Dlm 5minit Hannan mula tidur.. Dan saya diminta mencium anak dan dikehendaki tunggu diluar.
          ?
      • Sebelum masuk bilik bedah, hannan perlu berpuasa selama 12 jam. Air masak pun tidak dibenarkan minum sehingga selesai pembedahan.

        • 12.30 Saya dipanggil dan diberitahu pembedahan dah selesai. Hannan dikeluarkan dari bilik pembedahan. Semasa berbincang dgn doctor keadaan semasa Hannan. Tiba tiba dia buka mata dgr apa saya bincangkan dgn doctor.. eh! Terkejut� sepatutya dia masih tidur. Memandangkan dia sedar.. saya tanya dia �Sakit dok Hannan?� Dia hanya hilingkan kepala tanda tidak sakit. Perjelasan Doctor dia cabut semua gigi sebab 1. Gigi rosak teruk, 2.Gigi depan dia dah nak keluar gigi kekal dan dah bergoyang.
          1.00pm Hannan di pindahkan ke Wad untuk rehat. Masa ni dia tak tidur.. cuma asyik salin kapas mulut utk buang darah.?
            • 1.30pm Nurse datang hantarkan Milo ais dan Ais kosong. (Lupa nak bagi tahu. Hannan kena puasa dari 12malam hingga selesai pembedahan. Air masak juga dilarang minum pada masa ni. Jadi dari 9.30 mlm sebelum hingga 1.30pm Hannan tidak minum dan makan).?
1.30-4.00 Masih menunggu pengesahan Doctor utk pulang.

4.30 Alhamdullilah dibenarkan pulang dan Hannan berada dlm keadaan sihat seperti biasa.
Perjalanan Pulang. Permintaan pertama Hannan aiscream, dan saya ajak dia makan roti utk alas perut. Habis sebijik telur separuh masak dan roti sekeping.. berselera macam dok sakit.

Berkenaan bayaran
Saya update sedikit yg bertanya kos rawatan
Utk klinik swasta skali rawatan antara RM40-RM55.
Klinik 1Malaysia RM1.00 setiap kali rawatan.
Hospital Besar Pakar RM18.00 (jika kakitangan kerajaan Percuma @ Maybe RM1.00).

Harap penulisan saya ni mudah faham.. sebab sambil menulis ni.. sambil jawab msg yg pertanyaan.

Semoga adik hannan dapat mengamalkan penjagaan gigi selepas ini! Apa sahaja diambil secara berlebihan pasti akan memudaratkan. Diharapkan semua dapat mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada adik hannan ya! :)

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia