- Bagaimanapun, kejadian malang yang menimpa mangsa hanya disedari oleh ibunya.Ibunya lantas mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Manir di sini, sebelum merujuk anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.Sebelum ini, mangsa dijaga secara bergilir-gilir oleh ibu bapanya kerana pasangan tersebut dalam proses penceraian.
- Semasa menukar lampin, ibu mangsa mendapati ada kesan merah pada kemaluan dan curiga selepas bayinya sering menangis setiap kali kemaluannya dibasuh
- Ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.
- Susulan laporan polis, suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul
- Memetik laporan Sinar Harian, perintah reman terbabit telah dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Noradila Abd Latiff.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi telah mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.
Seorang bapa tergamak melakukan perbuatan terkutuk
Seorang bapa tergamak melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul bayi perempuannya yang baru berusia 12 bulan