Penyampai radio Feeya Iskandar berang selepas netizen mempertikaikan pendiriannya kerana tidak mendedahkan wajah anak keduanya sehingga kini.
Feeya Iskandar menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya meluahkan rasa kecewa dengan netizen yang tidak menjaga adab ketika memberikan komen.
Dengan menggelarkan netizen tersebut sebagai �makcik bawang� Feeya meluahkan kata-katanya seperti berikut:
�Ada yang kata kenapa tak tunjuk sangat anak nombor dua ni.
�Nah, Nuh Aryyan tapi bagi sipi-sipi dulu biarkan lagi sakit hati makcik bawang tu yang ketiak dia pun sama bau dengan mulut dia,� tulisnya.
Feeya memuat naik bayinya dengan hanya mendedahkan separuh sahaja wajah anaknya itu.
Feeya melahirkan bayi lelaki keduanya itu pada 31 Januari lalu.