Namewee ditahan polis berhubung klip video Tahun Baharu Cina


























Polis menahan penyanyi rap kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee kira-kira jam 2.45 petang tadi berhubung klip video terbaharunya yang dikatakan membawa implikasi negatif terhadap keharmonian kaum di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, tangkapan dibuat bagi membantu siasatan susulan empat laporan polis yang diterima.

"Suspek ditahan dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya dalam kenyataan.



Namewee didakwa mengaibkan kesucian tempat ibadah di negara ini menerusi satu rakaman klip video terkininya.

Video tersebut menyaksikan sekumpulan empat lelaki termasuk Namewee menyanyi dan menari dalam beberapa babak sambil berpakaian seolah-olah menggambarkan empat bangsa berlainan dengan salah seorang daripada mereka memakai serban serta membawa senapang.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia