Anggota tentera didakwa guna wang palsu beli aksesori seks





















MELAKA - Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membeli peralatan seks menggunakan dua keping wang palsu RM100 pada bulan lalu.

Tertuduh, Tengku Mohammad Zakaria Raja Ghazali, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan dua keping RM50 untuk pembelian peralatan seks Crazy Bull Pussy yang dalam pengetahuan wang itu adalah palsu di stesen minyak di Sungai Udang di sini pada 8 Februari lalu. 


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban menawarkan jaminan RM15,000 manakala tertuduh yang diwakili Peguam Ishak Kari merayu  jumlah itu dikurangkan dengan alasan tertuduh perlu menanggung isteri dan anak yang masih kecil. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 9 April depan untuk sebutan semula kes

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia