Menteri bersarapan di hotel bajet


JAKARTA - Foto ini kelihatan seperti tiada apa yang istimewa. Hanya memaparkan seorang lelaki berambut putih sedang bersarapan di sebuah ruang makan seorang diri.
Namun, siapa sangka beliau sebenarnya adalah Menteri Kerja Raya dan Perumahan Rakyat (PUPR), Basuki Hadimuljono yang juga digelar sebagai komander infrastruktur Indonesia oleh Presiden Joko Widodo.
Beliau merupakan individu di sebalik pembangunan infrastruktur utama yang penting dalam program Jokowi.

Foto itu menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial selepas ia dikongsi pengguna Tomi Lebang di Facebook.
"Saya ternampak lelaki ini bersarapan di sebelah meja saya di sebuah restoran hotel bertaraf dua bintang dekat Sirimau di Ambon Citu, Maluku, pagi ini. Topinya diletakkan di atas meja di sebelah semangkuk kecil sup ayam.

"Dilihat pada penampilannya, beliau tidak kelihatan seperti orang nombor satu di kementerian yang menguruskan belanjawan projek bernilai lebih 400 trilion rupiah (RM115 trilion) tahun ini," tulis Tomi.
Gambar yang dimuat naik Rabu lalu menerima 581 komen dan mendapat 5,600 like serta telah dikongsi lebih sebanyak 1,100 kali. - Detik
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia