Penampilan perbuatan sering dikecam netizen,baca luahan Ameera khan ini





















Adik kepada pengacara dan pelakon terkenal, Ameera Khan sering terpalit dengan pelbagai kontroversi dan apa-apa sahaja perkongsian yang dibuat melalui akaun peribadi di media sosial pasti mendapat perhatian netizen.
Terbaru, adik kepada pengacara terkenal ini meluahkan pandangan dan perasaannya terhadap apa yang dilontarkan netizen terhadap dirinya melalui insta story yang dimuatnaik melalui akaunnya.

�Orang tetap akan tinggalkan komen menjijikkan..�















Apa-apa yang dilakukan sama ada baik atau buruk di media sosial, netizen tetap akan mengeluarkan kata-kata kesat. Dia berpendapat bahawa sesetengah netizen tetap akan meninggalkan komen jijik. Mungkin disebabkan oleh dirinya yang terlalu menunjuk-nunjuk. Tapi juga sebenarnya sikap netizen sendiri yang dipenuhi dengan kebencian terhadapnya.

�Orang yang bencikan kita ni sebenarnya insecure, lemah..�











Tujuan utama Ameera Khan menulis luahan tersebut adalah untuk memberitahu bahawa orang yang suka membenci sebenarnya insecure, terlalu lemah untuk mencapai cita-cita sendiri dan akan mencari cara untuk menjatuhkan orang lain. Kadang-kadang orang yang suka merendahkan orang lain adalah orang yang tak sedar diri.

�Tak ada cara untuk saya gembirakan semua orang..�















Tujuan utama Ameera Khan menulis luahan tersebut adalah untuk memberitahu bahawa orang yang suka membenci sebenarnya insecure, terlalu lemah untuk mencapai cita-cita sendiri dan akan mencari cara untuk menjatuhkan orang lain. Kadang-kadang orang yang suka merendahkan orang lain adalah orang yang tak sedar diri.

�Tak ada cara untuk saya gembirakan semua orang..�




















Ameera Khan tahu bahawa ada sebahagian orang yang bencikannya dan ada juga yang sebaliknya, tapi dia juga tak boleh nak gembirakan semua orang. Dia juga tak akan berhenti dari menjadi dirinya yang sebenar dan tidak akan menyorokkan sebahagian dari dirinya, tapi semestinya dia tak akan kongsikan semua yang berlaku dalam hidupnya melalui media social. Dia tak akan fikir pun tentang orang yang negetif. Dia tetap dengan pendiriannya untuk berkongsi apa-apa sahaja yang berlaku dalam kehidupannya tapi jika netizen tidak suka dipersilakan untuk menekan butang unfollow.

�Bukan duit kau pun, stop it..�




















Namun, Adik kepada Neelofa ini sedih kerana setiap kali dia berkongsi tentang perkembangan produk yang akan dilancarkan pasti ada sahaja komen yang menjatuhkan. Dia sedar bahawa dia tidak bermula dari bawah dengan usaha sendiri malah dapat pertolongan daripada ahli keluarga lain untuk memulakan perniagaan tersebut, tetapi baginya untuk memulakan perniagaan memerlukan lebih dari sekadar duit yang banyak. Dia juga mengakui dia bukanlah spoiled brat, dia sekadar menggunakan kelebihan yang diberikan kepadanya dan tidak melihat itu sebagai satu kesalahan.

�kompem lemas 10 minit�














Kalau korang selalu mengikuti akaun instagram Ameera Khan pasti korang perasan tentang komen-komen jijik yang menjurus kepada gangguan seksual dalam ruangan komen pada gambarnya. Ada juga komen yang sering menuduhnya menggunakan duit hasil daripada kerja keras kakaknya. Banyak lagi komen yang lebih dasyat ditinggalkan pada gambar-gambar yang dimuatnaik oleh gadis ini sampai admin sendiri pun tak mampu nak baca. Harap Ameera terus bersikap positif.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia