Semalam gempar di Masjid Sungai Plong apabila seekor babi hutan dikatakan telah sesat dan memasuki ruang utama solat masjid berkenaan. Malah, binatang tersebut telah menyondol seorang jemaah dan mengejar kanak-kanak.
Bagaimanapun, babi hutan tersebut telah ditembak oleh salah seorang jemaah yang mempunyai senapang patah. Hari ini, penduduk setempat bergotong-royong �membersihkan� tempat ibadah tersebut dengan menggantikan beberapa karpet solat dan peralatan masjid yang telah rosak.
Kejadiaan semalam
Seekor babi hutan yang 'menyondol' Masjid Jamek Sungai Plong, Sungai Buloh, Selangor cedera selepas ditembak oleh penduduk tempatan. Babi tersebut dipercayai telah merosakkan harta benda masjid selain menyondol dua buah motorsikal.
Kejadian semalam menyaksikan binatang berkenaan telah ditembak mati. Dipercayai beberapa harta benda masjid dan dua buah motorsikal jemaah rosak.
Samak masjid
Menurut Kosmo Online, proses samak atau sertu dilakukan sekitar Masjid Jamek Sg Plong, Sungai Buloh tengah hari tadi.
Malah, pihak masjid telah menempah karpet baru bernilai RM34,000 untuk pemasangan segera bagi menggantikan karpet lama yang sebelum ini �ditakluk� oleh babi hutan.