Tidak Mampu Bayar Kos Perubatan, Gadis Ini Dedah Sisi Gelap Penduduk Percayakan Bomoh


Dari bangku sekolah lagi kita sering mendengar kisah seram yang berlaku di sekolah asrama, hospital lama, tanah perkuburan dan pondok usang hujung kampung. Tapi kita tidak tahu apa puncanya kawasan tersebut �dihantui� makhluk halus sehingga menganggu ketenteraman penduduk setempat.
Ini adalah thread cerita seram seorang gadis yang berkongsi kisah dialami kakaknya semasa bekerja di salah sebuah hospital pinggir bandar. Rata-rata penduduk disitu kurang mempercayai perubatan moden dan segera mendapatkan bantuan �misteri� untuk menyembuhkan penyakit. Pendek kata, mereka ini kurang berkemampuan untuk membayar kos perubatan dan mempercayai dapat disembuh oleh bomoh.

Ramai jumpa bomoh


Dipercayai masyarakat berhampiran telah mendapatkan bantuan bomoh bagi menyembuhkan penyakit sebelum datang berjumpa doktor di hospital. Hal ini turut diakui oleh juru rawat dan doktor hospital berkenaan. (Tidak diberitahu nama hospital).

Kisah pertama


Kebanyakkan pesakit adalah dari golongan warga tua yang telah pergi berjumpa bomoh dan berubat tetapi tidak ada apa-apa kesan positif. Lalu, mereka segera berjumpa dengan doktor.
Pelbagai kisah seram yang dikongsi gadis ini. Antaranya ialah jari kaki pesakit di hospital berkenaan di tarik berkali-kali. Malah, kakak kepada gadis ini pernah diganggu ketika bekerja seorangan, lampu ditutup dan dibuka berkali-kali.

Kisah kedua


Seorang budak ditempatkan katil yang hujung sekali berhampiran tingkap wad. Sebab dipercayai sakitnya itu adalah penyakit yang berjangkit. Budak tersebut tidur tidak lena dan hanya mampu berdiam saja. Kisah ini diceritakan oleh ibu kanak-kanak tersebut. Ternyata jawapan adik ini boleh membuatkan bulu roma korang naik!

Nenek bawa tongkat


Figura nenek berambut panjang, putih warnanya dan jalan bongkok sambil memegang sebatang tongkat. Tetapi dia hanya berdiri di tingkap dan memandang ke arah budak tersebut. Hanya memandang saja.
Kisah nenek ini sudah menjadi kebiasaan pekerja shift malam di hospital berkenaan. Mereka juga sering nampak dan mendengar kisah dari pesakit disitu.

Kisah ketiga


Korang percaya kanak-kanak 3 tahun boleh nampak makhluk halus ni? Ini pula kisah anak buah kepada gadis tersebut yang nampak hantu ketika bersama ayah mengambil si ibu di kuarter perumahan doktor. Anak ini terus menangis setelah nampak jelmaan makhluk halus berdekatan ibunya dan mengatakan itu bukan ibu.
Bermacam kisah seram hospital yang sempat dikongsi gadis tersebut. Pendek kata, penduduk disitu mengambil jalan mudah berjumpa bomoh kerana tidak berkemampuan menanggung kos perubatan di hospital.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia