Cepat Bertaubatlah kau Hanipa?????


KUALA LUMPUR � Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) menasihatkan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bertaubat dan menarik semula kata-katanya, �kalau saya tuhan�.
Presidennya, Zamihan Mat Zin berkata, ucapan dan kenyataan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) itu dianggap kufur dan boleh membawa kepada gugurnya akidah beliau sebagai seorang muslim.
�Kami menentang sekeras-kerasnya tindakan Mohamed Hanipa yang menggunakan perkataan �kalau saya tuhan� dalam sidang Parlimen kelmarin.
�Lebih biadab lagi, beliau dengan egonya tidak mahu mendengar nasihat dan saranan Ahli Parlimen lain supaya menarik balik kenyataannya dan segera bertaubat,� katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.
Keterlanjuran Mohamed Hanipa mengibaratkan dirinya sebagai tuhan menimbulkan hingar binger di Dewan Rakyat petang semalam.
Bibit kekecohan mula tercetus ketika Ahli Parlimen Sepag itu memberi laluan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) untuk mencelah sambil menitip pesanan: �Orang bodoh-bodoh jangan lama eh..�
Sambil bangun, Abdul Azeez sempat berkata, �jangan ingat kamu semua selamat..� sambil menyifatkan kenyataan Mohamed Hanipa itu sebagai takbur dan riak kerana hanya tuhan mempunyai kuasa menentukan segala-galanya.
Bagaimanapun, Mohamed Hanipa membalas, �kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu (Abdul Azeez).

�Sebab saya tak tuhan, tuhan jadikan juga orang macam kamu,� katanya lantang sambil menepuk dada kiri dan menuding ke arah Ahli Parlimen Baling.
Menurut Zamihan, sebagai manusia yang lemah, penuh dengan dosa dan maksiat, untuk menyamakan diri dengan Tuhan Yang Maha Suci adalah tidak boleh sama sekali walaupun menggunakan perkataan �kalau�.
�Allah SWT sama sekali tidak boleh disamakan dengan makhluk kerana Allah SWT mempunyai sifat kesempurnaan, kemuliaan dan keagungan-Nya tersendiri.
�Ahli Parlimen Sepang adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa, kenyataannya �kalau saya tuhan saya tidak menjadikan manusia seperti kamu� yang ditujukan kepada Abdul Azeez adalah satu prejudis terhadap Allah.
�Keghairahannya berpolitik menjadikan beliau cuba mengandaikan kedudukannya seperti maqam ketuhanan Allah. Sedangkan Allah adalah Tuhan Yang Maha Agung, Maha Penyayang dan sentiasa menerima taubat hamba-Nya,� katanya.
Beliau berkata, kenyataan Mohamed Hanipa telah jauh tersasar dan jelas menggelincirkan akidahnya.
Namun, katanya, sebagai pemimpin, beliau tidak perlu malu dan ego untuk menarik balik kenyataan itu, memohon maaf serta bertaubat.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia