Datuk Seri Anwar Ibrahim belum dibebaskan


DATUK Seri Anwar Ibrahim tidak akan dibebaskan hari ini, sebaliknya proses pembebasan Ketua Umum PKR itu dijangka hanya dapat direalisasikan dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa, berkata laporan tersebar mengatakan Anwar akan dibebaskan dari penjara hari ini adalah disebabkan kesilapan maklumat susulan pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam dan hari ini.
�Saya boleh mengesahkan Anwar tidak akan dibebaskan hari ini.

�Proses membebaskan Anwar mengambil masa beberapa minggu. Bukan hari ini atau Isnin depan,� katanya kepada NSTP, hari ini.
Pada sidang medianya hari ini dan semalam, Dr Mahathir mengumumkan Yang di-Pertuan Agong sudah berkenan untuk memberikan pengampunan serta-merta kepada Anwar.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar menafikan kesalahan itu dan mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.
Beliau dijadualkan dibebaskan pada 8 Jun ini.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia