Tak Patut,Sembilan Remaja Mengaku salah Rogol gadis bawah umur berkali kali


TAMPIN - Sembilan remaja, empat daripadanya berusia 17 tahun dan lima berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana rogol, seks luar tabii gadis bawah umur.
Kesemua mereka menghadapi 21 pertuduhan dalam kejadian 14, 19, dan 10 mei lalu.
Kes berlaku di sekitar kawasan Gemencheh antaranya di kawasan semak dan rumah.
Prosiding dijalankan secara tertutup dan kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.
Tertuduh mengikut pertuduhan masing-masing dihadapkan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi keselahan rogol dan Seskeyen 377A Kanun Keseksaan bagi kesalahan seks luar tabii.
Bagaimanapun, berikutan pesalah adalah juvana, kesemuanya dibicarakan di bawah Seksyen 91(1) Akta Kanak-kanak.
Timbalan Pendakwa Raya, Rinisha Priyya memohon majistret menetapkan wang jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan yang dibacakan.
Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM500 bagi setiap kesalahan.
Bagaimanapun bagi tiga tertuduh yang mempunyai satu pertuduhan, wang jaminan yang dikenakan adalah kekal sebanyak RM1,000.
Majistret kemudiannya menetapkan tarikh pada 26 mei untuk laporan akhlak bagi kesemua tertuduh.
Difahamkan, kesemua tertuduh diikat jamin oleh ahli keluarga masing-masing.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia