Tragedy Remaja India ketiga dirogol, dibakar

NEW DELHI: Seorang remaja perempuan menjadi mangsa ketiga dirogol sebelum dibakar hidup-hidup dalam tempoh seminggu di India, serangan seksual kejam terbaharu di negara itu.
Remaja 16 tahun itu meninggal dunia selepas dibakar seorang lelaki berusia 26 tahun yang bertindak selepas mangsa berkata mahu memberitahu keluarganya mengenai insiden itu.
Sebelum ini, dua remaja lain menjadi mangsa serangan sama seminggu lebih awal di Jharkhand. Seorang mangsa meninggal dunia manakala seorang lagi bertarung nyawa di hospital.

Polis berkata hari ini, dalam kejadian terbaharu itu, remaja terbabit bersendirian dalam rumah di daerah Sagar, Pradesh ketika dirogol.
"Kami menahan dua tertuduh. Seorang daripadanya ialah sepupu remaja yang memaklumkan suspek dia bersendirian dalam rumah.
"Suspek utama sudah berkahwin dan memiliki seorang anak," kata Superintendan Polis Daerah Sagar, Satyendra Kumar Shukla. -AFP
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia