20 Tanda-tanda Orang Cintakan Kita Sepenuh Hati

Apakah tanda-tanda orang cintakan kita dengan sepenuh hati dan bukannya sengaja dibuat-buat? Sebenarnya, dalam kebanyakan situasi, kita akan dapat mengetahui sama ada seseorang itu betul-betul sayang dann cintakan kita melalui perbuatan dan layanannya terhadap kita.

GAMBAR HIASAN

  1. Dia akan sentiasa fokus mendengar apa yang kita ingin luahkan atau sampaikan kepada dia.
  2. Dia suka pandang tepat ke arah mata kita dan tersenyum apabila kita berbual dengannya.
  3. Dia suka melayan apa juga yang kita lakukan walaupun kita tahu dia bukannya minat pun.
  4. Dia akan cuba untuk sukakan atau meminati benda atau perkara yang kita suka lakukan.
  5. Anda akan dapat melihat perubahan sikap dan layanannya terhadap anda dan juga kawan-kawannya dimana dia akan lebih melebihkan anda tetapi pada masa yang sama dia juga tidak mengabaikan rakannya. Cuma perhatiannya adalah lebih kepada anda.
  6. Dia akan sentiasa untuk menjadi yang terbaik untuk anda.
  7. Dia akan cemburu apabila melihat anda rapat dengan lelaki/wanita lain yang tidak dikenalinya.
  8. Dia akan sentiasa berterus-terang dengan kita tentang apa-apaa perkara.
  9. Dia akan selalu mencari alasan untuk berjumpa dengan kita walaupun cuma ingin memulangkan semula Pen kita yang digunakannya dulu.
  10. Dia akan selalu mengajak anda keluar berjalan-jalan jika anda mempunyi masa lapang.
  11. Dia akan sentiasa bertanya khabar dan sentiasa call/text anda dari semasa ke semasa walaupun kadang-kadang anda tidak sempat untuk membalasnya.
  12. Dia tahu apa yang kita minat dan suka lakukan walaupun kita tidak pernah memberitahunya akan hal tersebut. Emm, Stalker?
  13. Kalau kita sakit, dia akan rasa susah hati dan sering bertanya akan keadaan kita seperti dah pergi klinik, dah makan ubat, rehatlah dan sebagainya.
  14. Dia tidak akan menilai kita dari masa silam kita, tetapi dia akan menilai kita seadanya seperti pada masa sekarang.
  15. Dia tidak akan memaksa kita untuk memberitahu rahsia kita kepadanya, tetapi dia bersedia untuk menjadi pendengar yang setia jika kita ingin meluahkan apa yang kita rasa atau masalah kita.
  16. Dia akan melayan kawan-kawan kita dengan baik dan menghormati mereka.
  17. Dia akan menegur kita dengan baik jika kita ada melakukan sesuatu yang tidak elok pada pandangan matanya.
  18. Dia suka menghabiskan masa terluangnya dengan kita dan juga mengorbankan masa lapangnya semata-mata untuk kita.
  19. Dia sentiasa sabar dengan apa jua yang kita lakukan serta apapun gurauan yang kita lakukan terhadapnya.
  20. Anda akan dapat merasai sendiri bahawa si dia betul-betul sayangkan anda walaupun dia tidak meluahkannya.

Sebenarnya, ada banyak lagi tanda-tanda orang cintakan kita selain daripada 20 senarai di atas. Jangan lupa, bahawa tidak semua tanda-tanda itu adalah tepaat 100% sebab kadang-kadang ada juga kekasih yang tidak serius dalam perhubungan walaupun dia sering katakan bahawa dia cintakan kita.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
HIBURAN,TIPS