Cara Menanam Anak Kelapa Yang Betul

Tahukah anda kelapa merupakan sumber kekayaan baharu negara selain Musang King dan Nenas MD2 kerapa mendapat permintaan yang semakin tinggi di pasaran.

Kelapa jenis hybrid seperti kelapa mataq dan pandan antara kelapa komersial yang banyak ditanam oleh pekebun di Malaysia kerana berbuah renek dan cepat mengeluarkan hasil iaitu three tahun sahaja.

Anggaran pendapatan bagi 1 ekar kelapa ialah RM37,500, lebih tinggi dari harga getah dan kelapa sawit.

Bagi penulis, kelapa antara tanaman yang wajib ditanam bagi tujuan komersial, permintaannya yang tinggi terutama pada musim perayaan masih tidak mencukupi, dan terpaksa mengimport kelapa dari negara jiran.

Pokok diata adalah kelapa pandan yang berusia lebih kurang 3 tahun lebih semasa saya ambil gamabr ini beberapa tahun lepas, buahnya begitu lebat kerana cukup penjagaan dan baja yang teratur.

Kelapa antara tanaman yang tahan lasak, senang tumbuh dan tak banyak penjagaan macam musang king. So, apa tunggu lagi, jom tanam kelapa.

CARA MENANAM ANAK KELAPA

1. Gali lubang 1.5

2. masukkan baja organik 1/2 kg kedalam lubang,

3. fostat 200gram, gaul bersama tanah

4. masukkan sedikit tanah dan kemudian masukkan anak kelapa

5. kambus tanah sehingga ke perdu pokok

Pembajaan

Seboleh bolehnya gunakan baja kompos organik yang tidak mengandungi  najis haiwan bagi mengelakkan jangkitan virus pada tanaman

Anggaran baja subur (NPK 12:12:17:2) iaitu 0.5kg semasa menanam, 0.5kg setiap bulan sehingga pokok berusia 1 tahun, selepas setahun, letakkan 3.0kg baja subur setiap 3 bulan sekali /4 kali setahun

Untuk pembesaran yang lebih cepat, tambahkan garam kasar  pada pokok setiap 3 bulan sekali.

Cara menanam

Padatkan tanah dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa

Jarak Tanaman

Sistem penanaman tiga segi sama (8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha) atau sistem empat segi (152 pokok/ha).

Pengurusan Air

Siram anak pokok secukupnya sebelum di tanam di ladang supaya lebih segar

Pengurusan Perosak

Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)

Simptom: Larva memakan pucuk sehingga boleh mengakibatkan pokok mati

Kawalan racun kimia: sembur dengan racun Monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok kecil 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok.

Petua lain, anda boleh guna ubat gegat dan sisipkan pada pangkal pokok kelapa, bau yang kuat mengelakkan kumbang tanduk memakan pucuk muda.

Bagi anda yang berminat melabur pada tanaman renek ini, penulis cadangkan supaya anda tanam kelapa jenis mataq dan pandan. Nak tahu sebabnya sila tonton video Agro Jurnal dibawah ni...

Semoga bermanfaat, jangan lupa like page PSP untuk dapatkan banyak lagi informasi pertanian.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
KELAPA,TIPS