Kerajaan Perkenal Inisiatif Baharu Penanaman Padi Waktu Malam Elak Cuaca Panas - PM

KUALA LUMPUR 2 Mei - Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam dalam usaha membantu meringankan serta mempermudah kerja petani.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, inisiatif itu juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing yang kini mencecah tujuh juta terutama warga Bangladesh.

?Kita sedang fikir sama ada kita boleh alih waktu kerja daripada siang hari kepada waktu malam. Memanglah gelap, tapi orang kaya boleh fundamental golfing waktu malam, mungkin kita boleh tanam padi waktu malam sebab siang terlalu panas. Ini boleh kurangkan tekanan.

“Di sesetengah negara bila datang bulan puasa, mereka tidur siang dan bekerja pada waktu malam. Jadi ia bukan sesuatu perkara yang luar biasa. Sekarang ada lampu LED, tidak guna elektrik yang banyak. Ini antara langkah kerajaan yang sedang berusaha wujudkan banyak pekerjaan,” katanya ketika berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam Tautan Muhibbah Parlimen Segambut 2019 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)di sini hari ini, lapor Utusan Online.

Sementara itu, anaknya, Mukriz juga bersetuju bahawa bekerja pada waktu malam adalah tidak mustahil kerana ianya pernah dilakukan pada masa dahulu.

"Saya masih ingat lagi zaman kecil dulu di Tokai, Pendang ada orang pasang lampu gasolin untuk buat kerja pada waktu malam. Dia (Tun Dr Mahathir) orang lama jadi dia masih ingat semua benda itu.

"Bagi saya, cadangan itu bukan pelik dan mungkin ia boleh dipertimbangkan kalau ada kebaikan dan beri manfaat kepada golongan terlibat. Lagi-lagi bila hendak elak cuaca panas macam sekarang ini," katanya selepas merasmikan Program Jom Turun Bendang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini hari ini, lapor Sinar harian.

Apa pendapat anda? boleh kongsikan diruangan komen di bawah.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
PADI,TERKINI