Ramai yang berminat mahu belajar mencantum durian tapi tidak tahu bagaimana nak buat. Baru-baru ini saya ada buat kelas mencantum, cuma 5 orang setiap kelas.
Kalau ada kawan2 terutama area Sabah yang berminat mencantum durian, boleh buat organization sekepala dan kalau cukup five atau 10 orang saya datang ke tempat anda buat kelas mencantum.
Tujuan melakukan cantuman ni supaya pokok durian boleh berbuah dengan cepat iaitu sekitar 4-5 tahun berbanding ditanam dari biji.
Sekarang ni kebanyakan orang nak tanam durian jenis kawin supaya hasilnya lebih cepat dan tak perlu tunggu lama berbuah.
Artikel kali ini saya kongsikan bagaimana buat cantuman baji bawah durian menggunakan pokok penanti yang masih muda.
Biasanya cantuman baji yang menggunakan penanti yang masih mudah, peratus hidup adalah tinggi berbanding pokok penanti tua yang berusia lebih setahun.
Berikut adalah gambar2 proses cantuman baji durian, maaf kualiti gambar kurang memusakan. Terima kasih Ab Wahab Yusuf diatas perkongsian ini. Semoga bermanfaat.
Saya gunakan pasu atau polybag besar untuk menyemai biji durian yang diisi dengan pasir, pastikan siram dengan air sekali sehari, letak ditempat teduh |
Selepas 2 minggu, pokok durian penanti tumbuh dengan sihat dan sekata, biji durian akan jatuh sendiri tak perlu potong atau cabut |
Selepas 2 bulan, pokok penanti sedia untuk dicantum, nampak semua sihat2, saya gunakan cuka kayu untuk menghalau serangga yang memakan daun, sembur sekali dalam seminggu |
Pokok penanti yang sudah siap dicantum, yang atas adalah tunas klon yang dimabil dari pokok induk, ikat cantuman dengan menggunakan parafilem |
sungkup menggunakan plastik lutsinar, pastikan plastik tidak menyentuh pokok cantuman kerana ia boleh menjejaskan cantuman |
Selepas 15- 21 hari, bolehlah buka plastik sungkupan, tunas baru kelihatan tumbuh dengan riang gembira |
Semoga bermanfaat!
Penulis: Donny Ien - Penjual bibit Musang King Sabah - 0143016212Kredit: Ab Wahab Yusuf via Myinfoberita.Blogspot.My