Monyet merupakan antara binatang yang paling tidak disukai oleh petani kerana merosakkan segala tanaman dan harta benda.
Rasa geram pun ada kadang-kadang bila tanaman kita habis dikerjakan oleh monyet. Nak tembak kesian pulak.
Walapun macam-macam cara digunakan untuk menghalaunya tapi masih degil dan datang membuat onar.
CARA TERBAIK HALANG MONYET MASUK KEBUN
Petua ini dikongsikan seorang petani melalui Group Kebun Bandar. Sesiapa yang ada masalah gangguan monyet atau cik ??...Boleh cuba cara ni...InsyaAllah berkesan.
Buat kat kampung MIL Hari tu, kera dengan beruk sekali datang dalam 30 ekor, habis buah durian dan machang digugurkan. Buah durian dah besar-besar bola sepak tu, tapi masih muda tergolek bawah pokok ??
Lepas guna petua ni, tak de dah datang beruk dan kera tu. So, conclusionnya, BERJAYA!
Ubat gegat (tumbuk bagi hancur)
Belacan (hancurkan dengan tangan)
Tepung gandum
Campur kesemua three bahan ni, bungkus macam dalam gambar yang saya buat kat bawah, lepas tu gantung di mana-mana saja laluanmonyet atau babi.
Quantity agak-agak jer la, hari tu Roz guna 6 keping belacan, 6 packet sedang ubat gegat, 250gm tepung gandum.
Ada testimoni kata cik monyet terkinja-kinja melompat lepas dia pegang 1 bungkusan yang sangkut di pokok.
Cubalah. Semoga berjaya!
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP, jangan lupa like dan share. Terima kasih. Follow fb saya Donny Ien untuk dapatkan banyak lagi tips menarik.
Kredit: Roz Othman