Nenas MD2 Bakal Ikut Jejak Musang King, Tanamlah Dari Sekarang

Kopisanangan!

Saya terbaca berita Sinar harian online beberapa hari lepas, mengatakan Nenas bakal ikut jejak Musang King yang akan dieksport ke luar negara seperti China, US dan negara maju lain.

Korang boleh baca artikel penuh dengan mengklik hyperlink dibawah ni

https://www.Sinarharian.Com.My/article/33570/BERITA/Nasional/MOA-yakin-nanas-mampu-ikut-jejak-Musang-King

Untuk pengetahuan, Nenas MD2 antara tanaman kontan yang berada kedua tertinggi nilai eksport selepas Musang King di tangga pertama, cuba lihat carta di bawah

Pada pandangan saya, selain menanam musang king, saya sarankan anda menanam nenas terutama jenis MD2 kerana potensi amat tinggi di pasaran.

Menurut menteri Pertanian kita, eksport nanas meningkat sebanyak 56 peratus kepada RM342 juta pada tahun lepas berbanding RM208 juta pada 2017 susulan permintaan yang semakin tinggi di luar negara.

Nenas sejenis tanaman kontan yang tidak memerlukan air yang banyak, dan mampu berbuah sekitar 1 tahun selepas ditanam.

Tidak seperti nenas madu yang banyak duri, nenas MD2 tidak mempunyai duri pada daunnya sekaligus kerja-kerja merumput senang dilakukan.

Antara produk yang dihasilkan daripada buah nenas ialah jem nenas, kuih tat, sos nenas, biskut nenas, aiskrim nenas, serunding serat nenas dan banyak lagi

Manakala produk-produk bukan makanan  yang dihasilkan daripada daun nenas adalah seperti benang, kain dan kertas

Bah, apa tunggu lagi, jom tanam nenas MD2 dari sekarang, bibit boleh diperolehi melalui saya sebagai Trusted Seller seluruh Sabah & Malaysia.

Sila hubungi saya melalui whatsapp di 014-3016212. (Area Kota Belud Sabah)

Bentuk buah nenas MD2 seperti segi tiga atau silinder, isi manis dan sesuai untuk komersial kerana kulit dan isinya yang sedikit keras dan tahan lama berbanding nenas madu.

Jom tanam nenas MD2 dari sekarang, stok terhad ya!

Semoga bermanfaat.

Penulis: Donny Ien, admin page Pertanian Satu Perniagaan, FB Donny bin ien, pls follow ya

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
NENAS MD2