PERMAISURI: Sebuah keluarga di sini, membuktikan perumpamaan berbudi pada tanah pasti ada hasilnya apabila mampu memperoleh keuntungan bersih RM30,000 semusim hasil menanam labu manis.
Mohd Ariff Ab Razak, 33, dari Kampung Beris To Ku, dekat sini yang juga peserta ladang kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), berkata keuntungan itu diperoleh hasil menjual labu manis pada setiap musim iaitu kiraan seventy five hari bagi setiap musim.
Beliau yang juga penjawat awam dan bertugas di agensi keselamatan di Jertih, Besut, berkata sebelum mengusahakan tanaman labu manis sejak tiga tahun lalu, beliau sekadar membantu ibu mentuanya, Hasnah Ngah, fifty eight, mengusahakan tanaman tembikai pada waktu terluang.
Bagaimanapun, Mohd Ariff mula memberi perhatian untuk menceburi bidang pertanian selepas ibu mentuanya kerap menjadi mangsa penipuan orang tengah ketika proses jual beli tembikai.
Mohd Ariff berkata, tanah dibiarkan kosong selepas tembikai dituai juga mendorongnya untuk mengusahakan tanaman labu manis, walaupun dibantah ibu mentuanya dengan alasan buah itu sukar untuk dipasarkan.
?Selepas berbincang dan mendapat pandangan termasuk khidmat nasihat pegawai FAMA terutama mengenai pasaran, kami memberanikan diri mengusahakan tanaman labu secara bergilir dengan tanaman tembikai.
“Alhamdulillah, hasil pengeluaran labu manis di atas tanah seluas kira-kira 1.6 hektar adalah sebanyak 20 tan semusim,” katanya ketika ditemui di ladangnya, di sini.
Mohd Ariff berkata, jadual kerjanya yang mengikut syif menyebabkan dia banyak masa terluang untuk ke ladang dan sering dibantu isteri, Nor Farhana Mamat, 33, selain ibu mentua.
?Proses tanaman labu sangat mudah serta tidak memerlukan air yang banyak seperti penanaman tembikai dan risiko diserang haiwan perosak juga sangat kurang. Selepas labu mencapai usia 30 hari dan mula menjalar, tanaman itu tidak lagi memerlukan penjagaan rapi.
?Dalam semusim, hanya tiga atau empat kali disiram air dan baja digunakan ialah baja asas seperti tahi ayam, baja pokok serta baja dibekalkan Jabatan Pertanian negeri,? Katanya.
Mohd Ariff berkata, bagi mendapatkan hasil yang baik, pokok hendaklah ditanam antara jarak dua meter dan setiap pokok boleh mengeluarkan antara enam hingga tujuh biji labu.
“Harga labu tidak menentu kerana ia mengikut keadaan dan bekalan. Biasanya harga labu dibeli oleh FAMA antara RM1.50 satu kilogram (kg) dan boleh mencecah sehingga RM3.50 terutama pada Oktober hingga Disember,” katanya.
Sementara itu, Pengarah FAMA negeri, Fauzi Mohamed berkata, pihaknya memerlukan three,six hundred tan labu manis setahun untuk memenuhi permintaan terutama penduduk di negeri pantai barat.
Katanya, FAMA hanya mampu membekalkan antara 90 hingga 1,200 tan labu manis setahun, termasuk 350 tan dibekalkan oleh 70 usahawan ladang kontrak terutama pengusaha dari Terengganu - Berita Harian Online