Tolong keep artikel ini sebagai pedoman andaikata ada kematian dirumah atau diluar. Jangan panik, ikut langkah-langkah ini supaya semuanya berjalan dengan lancar.
1) Call ambulans. Doctor akan sahkan kematian dan akan bagi beberapa surat atau borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis
2) Call orang surau atau jiran yang tedekat
3) Bawa dokument yang diberi doktor tadi, ic si mati, sijil lahir, segala surat perubatan jika ada ke balai polis untuk buat laporan
four) Ingat, bahagikan tugas apabila disahkan oleh doktor tentang kematian, sebelum hadirnya jiran-jiran
5) Letak jenazah atas tilam, kaki ke arah kiblat, muka mengadap kiblat
6) Chek seluar atau pampers jika ada terberak atau terkencing, jika ada cuci dulu
7) Salin seluar baju yang bersih
8) Cari perca kain bersih. Buat beberapa tali. Sediakan minyak zaitun atau infant oil. Mulakan dari muka, urut pelan-pelan muka, rapatkan mulut dan ikat dari dagu ke kepala
9) Urut mata pelan-pelan, rapatkan, jika tak rapat, letak duit syiling 50 sen di kelopak. Bila dah rapat, keluarkan duit tu
10) Tangan dan siku urut pelan-pelan, kiamkan elok-elok, ikatkan kemas-kemas
11) Punggung dan peha rapatkan elok-elok, urut pelan-pelan
12) Lutut rapatkan elok-elok, ikat tali
13) Betis rapatkan, ikat tali
14) pegelangan kaki urut dengan minyak, rapatkan dan ikat kemas-kemas.
15) 2 ibu jari di rapatkan dan ikat kan.
16) Ambil kain tudung bawal putih jarang, tutup bahagian muka
17) Ambikkain batik panjang, tutup keseluruhannya
18) Siapkan dalam beg, kain batik panjang 4 helai, towel satu
19) Daun pandan sepokok. Dibersihkan dan kerat-kerat, letak dalam plastik
20) Sebelum kedatangan jiran-jiran, anak-anak yang lain mesti tutup aib, dengan cepat-cepat bersihkan rumah
21) Bila jenazah dan rumah dah ready semua, sementara tunggu urusan yang seterusnya, cuba ambil kesempatan berehat, makan minum secukupnya
Nota: Tujuan urut supaya segala sendi-sendi tetap lembut sehingga memudahkan waktu nak mandi atau kapan
Buat pelan-pelan sambil sedekah al fatihah, ini kerana jenazah yang tercabut nyawanya dalam keadaan perit sakit.
Semoga bermafaat untuk semua.
Kredit Ana Mahabu Via Myinfoberita.Blogspot.Com